Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan buka tirai kejohanan

Bola Sepak Bawah 21 Tahun anjuran Ex-Sabah State, Takad Nabalu

-

SANDAKAN: Daerah ini akan menjadi lokasi pembuka tirai Kejohanan Bola Sepak Bawah 21 Tahun anjuran bersama Persatuan Bekas Pemain Sabah (Persatuan Ex-Sabah State) dan Persatuan Takad Nabalu.

Pengerusi penganjur, Azman Mastar berkata, pertanding­an bagi Zon Sandakan itu melibatkan tiga buah daerah iaitu Sandakan, Beluran dan Kinabatang­an yang akan diadakan pada 2122 Julai di Kompleks Sukan Sandakan.

Katanya, kejohanan dua hari itu bagi merebut Piala Presiden Persatuan Takad Nabalu yang juga Wakil Rakyat Sugud Datuk James Ratib.

Menurut beliau, kejohanan ini merupakan usaha Persatuan Bekas Pemain Sabah bagi mencari serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan bola sepak yang boleh dijadikan sebagai pemain pelapis untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Dalam kejohanan ini kita melantik jawatankua­sa pemilih yang diketuai oleh bekas jurulatih Sabah Stanley Chew, Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah Datuk James Wong, Datuk Hasan Sani, Haji Azah Azerin, Razali Zinin, Awang Sabtu,Yahya Datuk Kassim dan Matlan Marjan.

“Mereka akan memilih pemain-pemain yang berpotensi­untukdicad­angkan kepada Safa bagi proses pemilihan selanjutny­a,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa pelaksana pertanding­an itu di Bilik Mesyuarat Safa Likas.

Menurut Azman yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah, kejohanan ini merupakan platfrom bagi memperbany­akkan lagi anjuran yang bukan sahaja sebagai gelanggang mencari pemain pelapis sekaligus menyemarak­kan minat golongan belia dalam bola sepak.

“Di samping itu, ianya dapat membantu usaha Safa memperkasa­kan lagi mutu sukan bola sepak di negeri ini,” tegasnya.

Katanya, kejohanan sedikit sebanyak dapat membantu usaha Safa, sesuai dengan aspirasi presidenny­a yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman yang mahu melihat kecemerlan­gan sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Dalampadai­tu,Azmanturut menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasihnya kepada Persatuan Takad Nabalu yang diterajui oleh Datuk James Ratib sebagai presiden yang bukan sahaja sedia menjalin kerjasama menjayakan kejohanan itu tapi turut menyediaka­n piala pertanding­an.

Tambah Azman yang juga Pengurus Pasukan Piala Presiden Sabah, kejohanan itu akan menjelajah ke seluruh daerah mengikut zon.

Zon berkenaan ialah Zon Tawau, merangkumi Semporna, Kunak dan Lahad Datu, Zon Pantai Barat Utara (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Pitas), Zon Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Putatan), Zon Keningau (Tenom, Tambunan dan Pensiangan) dan Zon Beaufort merangkumi Sipitang, Membakut, Kuala Penyu dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Bagipelaks­anaandizon­zon lain, kita juga mengharapk­an sokongan serta kerjasama dari pelbagai pihak pertubuhan NGO dan juga persatuan persatuan sukan yang ada di zon berkenaan bagi menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Dalam kejohanan ini kita melantik jawatankua­sa pemilih yang diketuai oleh bekas jurulatih Sabah Stanley Chew, Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah Datuk James Wong, Datuk Hasan Sani, Haji Azah Azerin, Razali Zinin, Awang Sabtu,Yahya Datuk Kassim dan Matlan Marjan. AZMAN MASTAR Pengerusi penganjur

 ??  ?? AZMAN menunjukka­n kertas kerja pertanding­an selepas mempengeru­sikan mesyuarat.
AZMAN menunjukka­n kertas kerja pertanding­an selepas mempengeru­sikan mesyuarat.
 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ?? JAMES WONG
JAMES WONG
 ??  ?? JAMES RATIB
JAMES RATIB
 ??  ?? AZMAN (tengah) ketika mempengeru­si mesyuarat.
AZMAN (tengah) ketika mempengeru­si mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia