Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh pelumba TSG jalani latihan fasa akhir di Australia hadapi Sukan SEA

-

SEPANG:Tujuh pelumba pasukan profesiona­l berbasikal negara, Terengganu Cycling Team (TSG) akan menjalani latihan pusat fasa akhir selama sebulan di Melbourne, Australia sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu Cycling Team (TSG), Nasiruddin Wan Idrus berkata, dua pelumba TSG iaitu Anuar Manan dan Mohd Zamri Saleh berlepas ke Melbourne, malam ini manakala tiga lagi pelumba TSG akan menyertai rakan sepasukan mereka di negara itu selepas menamatkan aksi dalam dua kejohanan berbeza.

Beliau memaklumka­n tiga pelumba berkenaan iaitu Mohd Adiq Husainie Othman sedang menyertai Jelajah Qinghai Lake di China manakala dua lagi pelumba, Mohd Shahrul Mat Amin dan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki akan menyertai Jelajah Flores di Indonesia pada 13 Julai ini sebelum terbang ke Australia untuk menyertai latihan pusat.

“Mohd Harrif (Saleh) tidak dapat menyertai rakan sepasukan lebih awal untuk latihan pusat di Australia kerana perlu mendapatka­n rawatan susulan di Institut Sukan Negara selepas terlibat dalam kemalangan ketika menyertai Jelajah Korea, baru-baru ini.

Beliau hanya akan menyertai rakan sepasukan di Australia pada 12 Julai ini setelah mendapatka­n rawatan di ISN,” kata Nasiruddin ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), di sini, malam Khamis.

Beliau memaklumka­n senarai enam pelumba akhir ke Sukan SEA 2017 akan diumumkan sekembalin­ya skuad negara daripada latihan di Australia. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia