Utusan Borneo (Sabah)

Dua pertanding­an golf sempena ulangtahun Sedco

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Dua pertanding­an golf akan dianjurkan bulan depan sempena ulangtahun ke-45 Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) tahun ini.

Pertanding­an dinamakan Mini Gemaputera Golf dan Sedco Golf Challenge 2017 itu akan dianjurkan Kelab Sukan Dan Sosial Sedco serta Kelab Kumpulan Sedco di Nexus Resort Golf Club Karambunai pada 17 Ogos dan Dalit Bay Golf & Country Club pada 19 Ogos.

Mini Gemaputera Golf adalah pertanding­an khas untuk peserta dari kalangan warga Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Negeri (SEDCs) dari seluruh Malaysia dan peserta jemputan.

Pertanding­an itu lebih kepada untuk meraikan sambutan ulangtahun di samping mengeratka­n perpaduan di kalangan warga SEDCs.

Sedco Golf Challenge pula adalah pertanding­an tahunan yang lebih kompetitif tetapi kali ini dianjurkan dengan lebih besar sempena sambutan ulangtahun.

Penyertaan­nya adalah terbuka untuk acara individu dan berpasukan manakala pertanding­an dijalankan berdasarka­n Sistem 36 Mata Stableford.

Pengurus Besar Kumpulan Sedco Haji Pengiran Saifuddin Pg Tahir dalam sidang media di sini pada Jumaat berkata, pertanding­an itu menawarkan hadiah lumayan termasuk wang tunai RM20,000 tajaan IIB Insurance Brokers Bhd dan dua unit TV LED 43 inci tajaan Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd untuk pukulan selubang (Hole-In-One).

Turut ditawarkan adalah tiga hadiah utama untuk acara berpasukan (Nett), lima hadiah acara individu (Nett), tiga hadiah individu (Gross) dan beberapa barangan untuk `longest drive’, `nearest to pin’ dan `nearest to line’.

Peserta yang tidak menang pada pertanding­an juga berpeluang membawa pulang hadiah menerusi cabutan tiket bertuah.

Yuran penyertaan adalah RM400 untuk acara individu dan RM1,600 bagi acara berpasukan (empat orang sepasukan). Yuran penyertaan itu termasuk untuk bayaran makan minum pada hari pertanding­an.

Turut bersama pada sidang media itu adalah Pengurus Besar Hyatt Thor Gervasi, Timbalan Pengurus Besar KumpulanSe­dcoAzrulAh­mad dan pengerusi penganjur yang juga Presiden Kelab Kumpulan Sedco Mordiana Abdullah. Tarikh tutup penyertaan ad a l a h pa d a 9 Og o s . Sebarang pertanyaan diminta menghubung­i Mordiana (088427111 atau 017-8141403).

 ??  ?? (Dari kiri) GERVASI, Pengiran Saifuddin, Azrul dan Mordiana semasa sidang media pada Jumaat.
(Dari kiri) GERVASI, Pengiran Saifuddin, Azrul dan Mordiana semasa sidang media pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia