Utusan Borneo (Sabah)

Defoe sedih ditanya tentang ‘rakan karib’

-

LONDON: Penyerang England Jermain Defoe (gambar) menangis ketika dia diperkenal­kan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Bournemout­h, kelmarin, apabila dia memberitah­u “rakan karib saya” Bradley Lowery akan hidup hanya selama beberapa hari sahaja lagi. Defoe, 34 tahun, dan Bradley, penyokong setia Sunderland yang berusia enam tahun, merupakan salah satu perkara yang menyinari EPL pada musim lepas dengan hubungan erat yang mereka jalin. Bradley – yang menghidap kanser neuroblast­oma yang jarang berlaku – mengiringi Defoe memasuki padang Wembley ketika penyerang Sunderland ketika itu kembali memakai jersi England setelah empat tahun untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Lithuania pada Mac lalu.

Bagaimanap­un, Defoe – yang menghadiri majlis harijadi khas untuk Bradley pada bulan lepas dan memanggiln­ya “rakan karib: - meminta masa dua minit untuk menenangka­n diri apabila ditanya mengenai Bradley di sidang akhbarnya.

“Ia sukar kerana saya sudah begitu lama memendam perkara ini,” katanya. “Saya bercakap dengan keluargany­a setiap hari. Saya bersamanya beberapa hari yang lalu dan ia sukar untuk melihatnya menderita seperti itu. Dia ternyata bergelut. Saya boleh katakan ia mungkin hanya selama beberapa hari sahaja lagi. “Dia akan sentiasa berada di dalam hati saya sepanjang hayat saya. “Tiada sehari pun yang berlalu tanpa saya bangun dan memeriksa telefon saya atau memikirkan tentang si kecil Bradley. “Kasih sayangnya tulen dan saya dapat melihatnya di dalam matanya apabila dia melihat saya.” Harapan Bradley untuk pulih dari kanser menerusi rawatan radikal musnah pada awal April lalu apabila ia tidak berkesan dan dia sekarang sedang menjalani penjagaan paliatif (pelega) di rumah. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia