Utusan Borneo (Sabah)

Lukaku bakal sertai Manchester United

Mourinho berjaya pintas Chelsea untuk dapatkan bintang Everton itu

-

LONDON: Penyerang Everton Romelu Lukaku bakal menyertai Manchester United (MU) dengan bayaran tertinggi antara kelab-kelab British sebanyak 75 juta pound (RM412.5 juta), menurut laporan media pada Jumaat .

BBC dan Press Associatio­n melaporkan persetujua­n pada dasarnya sudah dicapai bagi pemain antarabang­sa Belgium berusia 24 tahun itu, yang akan bersatu semula dengan Jose Mourinho, yang menjualnya kepada Everton pada 2014 dengan harga 28 juta pound (RM154 juta) ketika jurulatih Portugis itu menjadi pengurus Chelsea buat kali kedua.

Sementara itu kapten MU Wayne Rooney dilaporkan menuju ke hala bertentang­an, dijangka menyertai semula Everton, kelab di mana dia mencipta nama pada mulanya. Akhbar The Times berkata langkah itu mungkin sebahagian daripada perjanjian bagi Lukaku.

Menurut BBC, sumber kanan di kelab MU mengesahka­n kepada mereka bahawa perpindaha­n Lukaku sudah berjaya walaupun Everton – yang disebut mengharapk­an bayaran lebih dalam lingkungan 100 juta pound (RM550 juta) – menafikan sebarang persetujua­n sedemikian telah dicapai.

Jika pun perjanjian itu disahkan dengan jumlah 75 juta pound, ia akan memecah rekod bagi bayaran perpindaha­n di antara kelab-kelab British – rekod sekarang adalah 50 juta pound (RM275 juta) yang dibayar oleh Chelsea kepada Liverpool untuk Fernando Torres pada 2011 – dan berdaftar sebagai salah seorang pemain paling mahal kelima dalam sejarah.

Everton telah menawarkan kontrak paling lumayan dalam sejarah kelab itu kepada bekas bintang Anderlecht tersebut setelah dia menjaringk­an 25 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas tetapi dia menolaknya kerana katanya dia mahu naik ke peringkat yang lebih tinggi.

Ini menarik perhatian beberapa buah kelab dengan Chelsea yang menjadi kelab pilihan pada mulanya tetapi Mourinho – yang menjalin hubungan yang amat baik dengan ejen Lukaku, Mino Raiola – dipercayai telah merampasny­a daripada Antonio Conte.

Jika perjanjian berjaya dimeterai, ketibaan Lukaku di Old Trafford bermakna MU tidak lagi berminat untuk menandatan­gani Alvaro Morata dari Real Madrid.

Raiola beruntung sejak Mourinho mengambil alih tugas di MU pada tahun lepas, apabila pemain paling mahal di dunia, Paul Pogba, pemain tengah Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovi­c, semua kliennya, tiba di kelab itu pada 2016.

Sementara itu, Rooney, penjaring gol terbanyak England dan MU, dijangka akan kembali ke Everton.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang berkembang di Everton ketika dia muncul sebagai pemain remaja dan menjaringk­an 17 gol dalam 17 penampilan, telah menjadi pemain pinggiran di MU sejak Jose Mourinho mengambil alih tugas pada tahun lepas.

Rooney, yang kehilangan tempatnya dalam skuad England, pernah menyatakan satu-satunya kelab lain dalam EPL yang dia akan pertimbang­kan untuk sertai adalah Everton, dan dengan minat yang semakin pudar dari China, kepulangan ke Merseyside atau Amerika Syarikat kelihatan seperti pilihan-pilihannya yang terbaik. - AFP

 ??  ?? ROMELU LUKAKU
ROMELU LUKAKU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia