Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Piala Belia tumpaskan SSN 5-0

-

KOTA KINABALU: Skuad Belia B19 Sabah menumpaska­n pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sabah 5-0 dalam perlawanan persahabat­an di Stadium Mini SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang di sini, pada Jumaat.

Pasukan pelawat mendahului lawan 2-0 pada babak separuh masa pertama dengan dua gol hasil jaringan Arius Dius Jais.

Tuan rumah terus berusaha memberi tentangan sengit namun usaha mereka sentiasa dikekang pasukan lawan.

Skuad Belia yang ketika ini menduduki tangga ketiga dalam saingan Kumpulan B Piala Belia terus membolosi SSN pada babak separuh masa kedua.

Pemain gantian Mohd Shah Mizie menghasilk­an satu gol sebelum Hizaz Lokman meledak dua gol untuk memastikan kemenangan selesa skuad Belia dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan itu sebagai “pemanas badan” pasukan muda Sabah sebelum mereka menghadapi Perlis dalam perlawanan Piala Belia di Stadium Penampang, Ahad ini.

Selepas perlawanan dengan Perlis, skuad berkenaan hanya mempunyai dua baki perlawanan iaitu menentang Selangor di Stadium Salak Tinggi, Sepang pada 12 Julai dan kemudian melayan kunjungan Felda United di Stadium Penampang pada 30 Julai.

Mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu kemenangan daripada tiga baki perlawanan dalam liga untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Belia.

Musim lalu, skuad berkenaan terkandas ke saingan separuh akhir apabila kalah tipis dengan agregat 0-1 kepada Kelantan di suku akhir.

Di awal saingan musim ini, pengurus pasukan, Mohd Yassin Aman pernah menyatakan keyakinann­ya bahawa pasukan itu kali ini mampu pergi lebih jauh memperbaik­i pencapaian musim lepas sekiranya para pemain menunjukka­n kesungguha­n dan melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

 ??  ?? KETUA jurulatih, Awang Sabtu Jamil dan penolongny­a, Billyton Vun menyatakan sesuatu kepada para pemain skuad Belia Sabah selepas perlawanan tersebut. Turut kelihatan Yassin (baju hijau).
KETUA jurulatih, Awang Sabtu Jamil dan penolongny­a, Billyton Vun menyatakan sesuatu kepada para pemain skuad Belia Sabah selepas perlawanan tersebut. Turut kelihatan Yassin (baju hijau).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia