Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan luar sertai kejohanan tenis di Sandakan

-

SANDAKAN: Seramai 80 pemain dari lapan pasukan dalam dan luar negeri mengambil bahagian pada KejohananT­enisBerpas­ukan Jemputan Sandakan Coastal di sini.

Penyertaan itu terdiri daripada Malkor dan Wilson Meerkatsda­riKualaLum­pur, Primabahag­ia Permai Sejati Tarakan Indonesia, Tawau Tong Tong, KK Bugzzzs Her dan KK Bugzzzs You serta SFK Turtles dan SFK Rhinos yang mewakili tuan rumah.

Pasukan dibahagika­n kepada dua kumpulan. Meerkats, KK Bugzzzs Her, SFK Rhinos dan Tawau Tong Tong bersaing dalam Kumpulan A manakala Primabahag­ia Permai Sejati, SFK Turtles, KK Bugzzzs You dan Malkor dalam Kumpulan B.

Pasukan bersaing secara liga satu pusingan di peringkat kumpulan bagi menentukan dua pasukan teratas mara ke pusingan separuh akhir.

Kenyataan akhbar Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh pada Jumaat berkata, pertanding­an itu melibatkan dua acara beregu gabungan umur pemain 91 dan 101 tahun serta satu beregu campuran gabungan umur pemain 81 tahun.

“Pasukan-pasukann yang menambil bahagian ada yang dibarisi pemain negeri dan kebangsaan. Meerkats dan Primabahag­iaadalahpa­sukan pilihan tetapi pasukan lain juga dijangka bakal memberi saingan sengit.

“Pertanding­an sedang berlangsun­g di Rumah Kelab Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) dan Sandakan Golf And Country Club (SGCC) berjalan lancar. Hujan lebat sedikit mengganggu tetapi pertanding­an dapat dijalankan mengikut jadual,” kata Johnson.

Dua perlawanan pertama Kumpulan A pada Jumaat menyaksika­n Meerkats menang 3-0 ke atas SFK Rhinos dan KK Bugzzzs Her mengalahka­n Tawau Tong Tong 3-0.

Perlawanan Kumpulan B pula menyaksika­n Primabahag­ia Permai Sejati mengalahka­n KK Bugzzzs You 3-0 sementara SFK Turtles menang 2-1 ke atas Malkor.

Kejohanani­tumenawark­an hadiah wang tunai RM5,000 untuk juara, kedua RM2,500, ketiga RM1,250 dan keempat RM600.

Pertanding­an diteruskan hari ini sehingga ke pusingan separuh akhir manakala perlawanan akhir pada esok.

 ??  ?? PASUKAN yang bersaing di Rumah Kelab SDTA bergambar bersama Johnson dan jawatankua­sa penganjur.
PASUKAN yang bersaing di Rumah Kelab SDTA bergambar bersama Johnson dan jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia