Utusan Borneo (Sabah)

Elektrik haram: SESB perlu tegas di kawasan rumah setinggan

-

TAWAU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) perlu bertindak tegas dalam menangani kegiatan mencuri bekalan elektrik di kawasan perumahan setinggan di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata, penyambung­an elektrik secara haram menggunaka­n pelbagai teknik menjadi punca kepada kebakaran besar yang berlaku pada setiap tahun di negeri ini dengan kes terbaru melibatkan 261 rumah di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas dekat sini, Sabtu lepas.

“Insiden ini sepatutnya cukup memberi pengajaran kepada semua pihak dan pihak SESB perlu mengawal kegiatan mencuri bekalan elektrik yang semakin berleluasa,” katanya.

Hamisa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, berkata kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan beras di pusat operasi bantuan untuk mangsa kebakaran Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap tidak bertanggun­gjawab sesetengah penduduk kampung yang mencuri bekalan elektrik sehingga menimbulka­n kesusahan kepada pengguna elektrik berdaftar yang lain.

“Sedarlah tentang bahaya melakukan sambungan elektrik haram sehingga mendatangk­an masalah dan beban kepada orang lain, jangan penting diri dan jadilah manusia bertanggun­gjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Hamisa turut mengulangi saranan agar setiap rumah disediakan sebuah alat pemadam api dan sekiranya berlaku kebakaran masih boleh dikawal dengan pantas.

“Kalaukitab­olehbeliba­rang lain kenapa alat pemadam api kita tidak mampu beli, sedangkan benda itu (alat pemadam apo) diperlukan untuk keselamata­n rumah,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia