Utusan Borneo (Sabah)

Rompak, cederakan wanita: Penggangur dipenjara 14 tahun dan dua sebat

Atas kesalahan rompak dan mencederak­an wanita

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara 14 tahun dan dua sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan merompak dan mencederak­an seorang wanita.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Frederick Jumi, 39, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan dengan sebat serta boleh didenda.

Tertuduh merompak mangsa yang berusia 23 tahun dan melarikan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy J5, pada 30 Jun jam 9.30 pagi di kedai telefon Comquest Ent, Inanam New Township, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis pada hari yang sama berkenaan kejadian curi di kedai terbabit.

Hasil siasatan, beliau yang sedang membuka kedai didatangi tertuduh yang bertanyaka­n mengenai perkhidmat­an membaiki telefon.

Apabila melihat keadaan telefon tertuduh, pengadu mencadangk­an agar membeli telefon baharu.

Tertuduh menunjukka­n sebuah telefon pintar yang dipamerkan untuk diteliti, lalu pengadu memberikan kepadanya.

Namun setelah mendapat telefon itu, tertuduh menumbuk mata kiri pengadu dan terus melarikan diri.

Bertindak berdasarka­n maklumat, pihak polis berjaya menangkap tertuduh pada hari yang sama.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

“Saya terpaksa (merompak) keranatiad­awangdanme­minta maaf kepada mangsa,”katanya dan menambah, baharu diberhenti­kan kerja sebagai pemandu.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim membalas, kesalahan yang dilakukan tertuduh serius kerana mangsa dicederaka­n.

Beliau juga meminta hukuman berat dijatuhkan kepada tertuduh dengan mengambil kira kepentinga­n awam.

“Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis pada hari yang sama berkenaan kejadian curi di kedai terbabit.”

 ??  ?? FREDERICK (kanan) diiringi anggota polis semasa menuju ke kamar mahkamah.
FREDERICK (kanan) diiringi anggota polis semasa menuju ke kamar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia