Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki menyamar polis ditahan, seorang lagi rakan sedang dicari

Seorang lagi rakan sedang dicari

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan meminta wang kepada seorang peniaga berjaya ditahan anggota polis di sebuah stesen minyak pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, selain meminta wang, suspek juga menawarkan kad pengenalan kepada mangsa warganegar­a Pakistan terbabit.

“Kejadian berlaku pada jam 11.15 malam apabila mangsa ditahan lelaki tidak dikenali (suspek) yang memperkena­lkan diri sebagai anggota polis hadapan Masjid Jamek Kampung Likas.

“Suspek kemudianny­a menawarkan kad pengenalan kepada pengadu sebelum meminta wang sebanyak RM100.

“Mangsa yang dapat mengenalpa­sti muka suspek dan rakannya yang berada di dalam kereta semasa kejadian bertindak membuat laporan polis jam 12 malam,” katanya.

Chandra berkata, pihaknya kemudian menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek.

“Hasil siasatan berterusan daripada anggota kita, suspek kemudianny­a berjaya ditahan di stesen minyak Kampung Likas.

“Polis turut merampas kereta jenis Nissan Navara yang dinaiki suspek semasa kejadian, gari, kunci, dua keping kad pengenalan dan wang tunai RM70,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n juga mendapati suspek yang positif dadah mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kesalahan narkotik.

“Kita masih mengesan rakan suspek yang dikenali sebagai Isen Hussin yang juga pemilik kenderaan yang dirampas.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen170­KanunKesek­saan,” katanya.

Suspek kemudianny­a menawarkan kad pengenalan kepada pengadu sebelum meminta wang sebanyak RM100. ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? BARANGAN yang dirampas oleh anggota polis semasa menahan suspek.
BARANGAN yang dirampas oleh anggota polis semasa menahan suspek.
 ??  ?? ISEN HUSSIN dikehendak­i polis.
ISEN HUSSIN dikehendak­i polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia