Utusan Borneo (Sabah)

Eratkan silaturahi­m, perpaduan

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SMK Matupang Jaya meriah bersama pemimpin

- Oleh SALMAN ABADI

“Setiap tahun pihak sekolah menganjurk­an majlis itu dengan tujuan untuk mengeratka­n lagi silaturahi­m dan perpaduan khususnya sesama warga sekolah. ”

M

AJLIS Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya (Semanja) Ranau yang berlangsun­g di Dewan Kantin sekolah itu barubaru ini, meriah dan diraikan dengan penuh kesyukuran dalam konteks perpaduan.

Pengetua SMK Matupang Jaya Jamirin Sahamin berkata, setiap tahun pihak sekolah menganjurk­an majlis itu dengan tujuan untuk mengeratka­n lagi silaturahi­m dan perpaduan khususnya sesama warga sekolah.

Namun demikian katanya, Majlis Rumah Terbuka itu dianjurkan tanpa melupakan para pemimpin daerah, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau dan rombongan serta pemimpin-pemimpin setempat demi perpaduan masyarakat majmuk. “Kita turut menjemput pemimpin setempat supaya berkongsi amanat mereka (pemimpin) untuk dihayati, amalkan demi kemakmuran bersama,” katanya.

Lebih 200 orang menghadiri majlis termasukla­h guru-guru, pelajar sekolah, ibu bapa dan para tetamu jemputan.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni Hashim, Pemaju Mukim Paginatan Paus Julis Yabi, Ketua Kampung Matupang Siansim Kebindong, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Kampung (JKKK) Paginatan Pius Kurup serta wakil dari Katering Seri Dina.

Majlis perasmian rumah terbuka itu disempurna­kan Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamudin Harun bagi mewakili Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Siringin Gubat.

Berucap pada majlis itu Hisyamudin berkata, perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat Ranau khasnya, Sabah amnya telah menjadi contoh masyarakat majmuk sesuai dengan saranan konsep ‘1Malaysia’ yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sikap toleransi masyarakat sangat tinggi, dalam apa jua perayaan kita boleh bersama-sama meraikan walaupun berbagai budaya dan kepercayaa­n.

“Seperti mana sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini, kita dapat merayakan bersama-sama dan mengambil kesempatan saling bermaaf-maafan serta melupakan kesilapan lalu,”ujarnya.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni Hashim dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) baharu SMK Matupang Jaya Julis Lis yang turut hadir bersama memeriahka­n majlis itu.

 ??  ?? GURU-GURU wanita SMK Matupang Jaya turut teruja meraikan majlis itu dalam kepelbagai­an tetapi meriah dan harmoni.
GURU-GURU wanita SMK Matupang Jaya turut teruja meraikan majlis itu dalam kepelbagai­an tetapi meriah dan harmoni.
 ??  ?? HISYAMMUDI­N (duduk tengah) bergambar kenangan bersama para tetamu jemputan dan guru-guru SMK Matupang Jaya, Ranau.
HISYAMMUDI­N (duduk tengah) bergambar kenangan bersama para tetamu jemputan dan guru-guru SMK Matupang Jaya, Ranau.
 ??  ?? SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri majlis itu dengan penuh keriangan.
SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri majlis itu dengan penuh keriangan.
 ??  ?? HISYAMMUDI­N (tengah) bersama Siti Hamni dan tetamu jemputan memotong kek.
HISYAMMUDI­N (tengah) bersama Siti Hamni dan tetamu jemputan memotong kek.
 ??  ?? JAMIRIN (kiri) bersama sebahagian tetamu yang hadir memeriahka­n majlis itu.
JAMIRIN (kiri) bersama sebahagian tetamu yang hadir memeriahka­n majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia