Utusan Borneo (Sabah)

Kita harus jujur, jangan dengki pada orang

Datuk Haji Iliyas Ibrahim, anak Sabah pertama jadi pesuruhjay­a polis

-

SEJAK kecil lagi, cita-citanya memang mahu menjadi polis. Namun sebelum menjadi polis, beliau menjadi kerani polis dan kemudian polis pelabuhan terlebih dahulu.Jalan untuknya menjadi polis tidak mudah.Beliau harus menempuhi pelbagai cabaran hingga pada suatu hari, ada pengambila­n jawatan inspektor dan beliau tanpa berlengah memohon jawatan itu. Akhirnya beliau menjadi polis, bukan setakat polis biasa tetapi orang Sabah pertama yang dilantik Pesuruhjay­a Polis Sabah. Padahal sewaktu dulu, beliau pernah bekerja sebagai buruh kontrak di ladang kelapa sawit dengan upah RM5 sehari untuk menambah perbelanja­an sekolah. Beliau seorang yang gigih.

Sejak kanak-kanak lagi, jiwa besarnya sudah kelihatan. Beliau sering membantu ayahnya memelihara kerbau, malah bukan itu sahaja, beliau juga pernah berjualan aiskrim. Berkat kecekalan dan sikap positif dalam melihat masa depan, impian DATUK HAJI ILIYAS IBRAHIM untuk menjadi polis bukan setakat tercapai malah beliau dilantik sebagai anak kelahiran Sabah yang pertama dilantik Pesuruhjay­a Polis Sabah, suatu jawatan yang tidak yang pernah difikirkan­nya. Berkat pengalaman dan kebolehan yang dimilikiny­a, beliau melakar satu lagi sejarah apabila dilantik sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang kedua. Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN dan HASSIM HAJI OTHMAN berpeluang menemurama­h Datuk Haji Iliyas Haji Ibrahim di kediamanny­a di Kampung Sipanggil, Putatan. Ikuti petikan temuramah bersama beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia