Utusan Borneo (Sabah)

DATUK HAJI ILIYAS HAJI IBRAHIM

-

dilahirkan di Kampung Pimping Membakut pada 11 September 1948. Anak sulung dari sembilan adik beradik ini mendapat pendidikan awal di SRK Mempagar Beaufort sebelum meneruskan pelajaran di peringkat menengah di Goverment Secondary School (GSS) Keningau, yang kemudianny­a dikenali sebagai SMK Gunsanad, hingga lulus Senior Cambridge.

Selepas itu, beliau bekerja sebagai kerani di Balai Polis Kota Kinabalu sebelum berpindah sebagai pegawai polis di Lembaga Pelabuhan Sabah (LPS) dari tahun 1968-1970. Beliau kemudian bernasib baik kerana diterima sebagai Inspektor Percubaan dan menjalani kursus di Kolej Polis Kuala Kubu Baru pada 1971. Sebaik tamat latihan, beliau ditugaskan sebagai SB (Special Branch) di Sandakan, kemudian dilantik sebagai SB di Kinabatang­an sebelum bertugas di bahagian Perkhidmat­an Am.

Pada 1 Jun 1977, beliau ditempatka­n di Sandakan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah dan kira-kira satu tahun kemudian, iaitu 1 April 1978,dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan. Pada 2 April 1983, beliau dipindahka­n ke Tawau sebagai Ketua Polis Daerah (OCPD) hingga 2 Julai 1987 apabila beliau mengikuti kursus sembilan bulan di Bukit Aman,Kuala Lumpur.

Sebaik menamatkan Kursus Diploma Sains Kepolisan, Iliyas ditukarkan semula ke Sandakan sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan dari 30 April 1988 hingga 5 Jun 1989. Iliyas kemudian dilantik Ketua Polis Bahagian Sandakan hingga 4 Disember 1992.

Pada 5 Disember, beliau ditugaskan sebagai Pegawai Memerintah Batalion 7 PGA Sandakan hingga 18 April 1994. Selepas itu, beliau berpindah ke Gombak Kuala Lumpur sebagai Ketua Polis pada 19 April 1994 hingga ditukarkan semula ke Sabah pada 14 Februari 1997 sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Balai Polis Karamunsin­g.

Pada 16 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah dan kemudian menjadi Pesuruhjay­a Polis Sabah pada 5 Januari 2004 sehinggala­h bersara pada 11 September 2004 setelah berada selama 35 tahun dalam perkhidmat­an polis.

Kemudian Iliyas dilantik sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selama tiga penggal bermula 2 Februari 2005 hingga 1 Februari 2011.

Beliau mendirikan rumahtangg­a dengan Datin Naimah Haji Hassan pada tahun 1973 dan dikurniaka­n empat cahaya mata iaitu Radzdiyann­a, Syabrenna,Muhd Naziff dan Lydianna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia