Utusan Borneo (Sabah)

Pamer kehebatan kepada dunia

Kazakhstan tuan rumah World Expo 2017

-

APABILA dipilih untuk menjadi tuan rumah World Expo 2017, Kazakhstan berjanji untuk menganjurk­an ekspo yang terbaik pernah diadakan sebelum ini dan janji itu sudah ditepati.

Mereka yang berkunjung ke ekspo yang dijadual berlangsun­g selama tiga bulan bermula 10 Jun lepas boleh menyaksika­n sendiri kehebatan serta kemampuan Kazakhstan dalam menjadi tuan rumah acara itu.

Sekali lagi Kazakhstan di bawah kepimpinan Presiden Nursultan Nazarbayev mengotakan janji yang dibuat kepada masyarakat antarabang­sa.

Lima tahun lepas di Perancis, Kazakhstan bersaing dengan bandar Liege, Belgium yang turut membuat bida untuk menganjurk­an World Expo 2017.

Pertubuhan yang bertanggun­gjawab menguruska­n ekspo dunia, Bureau Internatio­nal des Exposition­s (BIE) yang berpejabat di Paris dan mempunyai 170 anggota mengundi memilih untuk World Expo 2017 dianjurkan di Astana, Kazakhstan.

Kazakhstan sebelum ini pernah menjadi tuan rumah kepada dua acara utama antarabang­sa iaitu Sidang Kemuncak Organisati­on for Security and Cooperatio­n in Europe (OSCE) pada 2010 dan Asian Winter Games pada 2011.

Bagaimanap­un, World Expo 2017 ini dilihat sebagai acara paling hebat pernah dianjurkan oleh Kazakhstan, seperti yang diuar-uarkan oleh akhbar tempatan Astana Times.

Kehebatan penganjura­n ekspo ini jelas mempamerka­n kemampuan Kazakhstan yang semakin disegani di arena antarabang­sa selepas mengisytih­arkan kemerdekaa­nnya berikutan pembubaran Soviet Union sekitar 25 tahun lepas.

World Expo 2017 dengan tema ‘Tenaga Masa Hadapan’, serta tiga tema kecil Mengurangk­an Pelepasan Co2 , Kecekapan Tenaga Kehidupan dan Tenaga untuk Semua mencermink­an keadaan tenaga pada masa ini.

Ekspo itu juga memaparkan penyelesai­an yang lestari serta teknologi inovatif.

Perasmian acara ini berlangsun­g dengan penuh kemeriahan termasuk pertunjuka­n bunga api yang ternyata memukau pengunjung tempatan serta yang datang dari luar negara.

Bukan itu sahaja yang dibuat oleh kerajaan Kazakhstan sempena penganjura­n ekspo berkenaan.

Kerajaan negara itu juga membina sebuah kompleks yang moden dengan ciri futuristik dan kemudahan awam.

Bangunan yang tersergam megah ini dibina di atas tanah seluas 174 hektar di tengah-tengah bandar Astana. Sebanyak 115 buah negara termasuk Malaysia mengambil bahagian pada ekspo itu yang akan berakhir 10 Sept depan.

Melihat kepada luasnya tapak ekspo serta pelbagai jenis kemudahan yang disediakan, ianya sudah tentu satu tanggungja­wab besar untuk Kerajaan Kazakhstan.

Mereka yang berkunjung ke tapak ekspo dan ketika menghampir­inya sudah tentu akan menjadi terpegun apabila melihat ‘bebola keluli gergasi’ yang bercahaya terletak di tengah-tengah kompleks ekspo.

Ia sebenarnya adalah Pavilion Nur Alem iaitu astaka milik Kazakhstan setinggi lapan tingkat yang di kelilingi oleh pavilion antarabang­sa serta tempatan dan pelbagai astaka lain.

Pengunjung yang masuk ke dalam ‘bebola keluli’ ini akan

melihat pelbagai bentuk serta kegunaan tenaga yang boleh diperbahar­ui seperti tenaga angkasa, matahari dan angin, biojisim serta tenaga kinetik.

Maklumat tentang bahaya kepupusan sumber tenaga asli seperti minyak, gas dan arang batu turut dipamerkan. Pavilion Nur Alem juga menempatka­n Muzium Tenaga Masa Hadapan.

Pengunjung juga dapat menyaksika­n pelbagai paparan mengenai Kazakhstan termasuk masa lampau, masa kini dan masa hadapan di samping paparan keindahan landskap serta kebudayaan­nya.

Terdapat juga paparan beberapa projek sains atau ekonomi hijau yang sedang diusahakan dan perubahan yang bakal dialami Astana menjelang 2050.

Selain daripada zon pameran, kemudahan seperti pusat persidanga­n, pusat media, bangunan kediaman, megamall dan hotel juga disediakan untuk kegunaan wakil, peserta dan pengunjung.

Sejak dibuka kira-kira tiga minggu lepas, dianggarka­n 500,000 orang melawat astaka yang bertemakan tenaga ini.

Penganjur menjangkak­an dapat menarik lima juta pengunjung apabila ekspo itu melabuhkan tirainya.

Di samping pameran, ekspo itu juga mahu mewujudkan kesedaran global dalam kalangan negara yang mengambil bahagian, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat dan masyarakat umum mengenai persoalan penting bagaimana untuk memastikan tenaga yang selamat dan mencukupi untuk semua.

Sehubungan itu, Energy Best Practices Area Pavilion pada ekspo ini mempamerka­n 17 projek terbaik penjanaan tenaga dipilih daripada 136 penghantar­an dari lebih 25 buah negara supaya projek berkenaan boleh direplika oleh negara lain.

Kazakhstan juga berharap ekspo berkenaan akan dapat memacu pembanguna­n perindustr­ian negara ini seterusnya dengan penekanan baru terhadap pelestaria­n, teknologi tinggi dan kemahiran.

Negara ini berharap segala usaha itu dapat menempatka­nnya dalam senarai 30 negara maju dunia menjelang 2050 dan kejayaanny­a menganjurk­an World Expo 2017 menambah kepada kehebatan negara ini di mata dunia.

Di sebalik kehebatan prasarana World Expo 2017, mungkin ada yang akan tertanya-tanya apa yang terjadi kepada kemudahan yang dibina selepas ekspo berakhir pada 10 Sept. Apakah tapak ini akan menjadi ‘gajah putih?’

Sudah tentu tidak! Presiden Nazarbayev telah menyusun tiga pelan untuk penggunaan masa hadapan tapak ekspo itu.

Pertama, sebahagian daripada tapak itu akan menempatka­n pusat antarabang­sa tenaga untuk pembanguna­n teknologi hijau serta projek pelaburan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kedua, ia dirancang sebagai hab antarabang­sa untuk syarikat baru yang mahu menceburi bidang teknologi maklumat (IT) dan ketiga, digunakan sebagai Pusat Kewangan Antarabang­sa Astana (AIFC) yang dijadual beroperasi pada Januari 2018.

AIFC akan membantu Astana untuk muncul sebagai hab kewangan utama di tengah-tengah Eropah dan Asia.

Pendek kata, semua kemudahan yang dibangunka­n di World Expo 2017 dirancang untuk digunakan bagi memacu seterusnya pembanguna­n hebat ekonomi Kazakhstan pada masa hadapan.-Bernama

 ??  ?? KAZAKHSTAN menjadi tuan rumah kepada pameran bertaraf dunia ‘Expo2017’ bertemakan ‘Tenaga Masa Depan’ (Future Energy) selama sebulan bermula 10 Jun hingga 10 September 2017.
KAZAKHSTAN menjadi tuan rumah kepada pameran bertaraf dunia ‘Expo2017’ bertemakan ‘Tenaga Masa Depan’ (Future Energy) selama sebulan bermula 10 Jun hingga 10 September 2017.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ‘BEBOLA keluli gergasi’ yang bercahaya terletak di tengah-tengah pameran bertaraf dunia ÒExpo2017Ó bertemakan ÒTenaga Masa DepanÓ (Future Energy) menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung ke sana.
‘BEBOLA keluli gergasi’ yang bercahaya terletak di tengah-tengah pameran bertaraf dunia ÒExpo2017Ó bertemakan ÒTenaga Masa DepanÓ (Future Energy) menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung ke sana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia