Utusan Borneo (Sabah)

Merpati belon bijak beraksi

-

SEKALI pandang burung itu kelihatan seperti membawa sebiji bola di dadanya kerana kebolehann­ya ‘membelonka­n’ bahagian tersebut sehingga menenggela­mkan kepalanya.

Menurut pemilik burung merpati baka Norwich Cropper ini, Dzulkarnai­n Md Nasar, 42, kelakuan ‘membelonka­n’ dada itu semakin menjadi-jadi apabila berhadapan orang ramai, selain bijak beraksi dan bergaya.

“Itulah keistimewa­an spesies ini, mereka akan menyedut udara semaksimum mungkin masuk ke dalam ruang dadanya sehingga mencapai saiz yg maksimum untuk beraksi.

“Malah ia dilakukan sepanjang masa kerana ia sifat semula jadinya, susah untuk bertemu mereka dalam keadaan dada tidak ‘membelon’ melainkan ketika tidur dan makan,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang bekerja sebagai guru mula memelihara sepasang burung spesies itu pada 2013 dan kini burung tersebut berjaya dibiakkan sehingga 30 ekor dalam pelbagai warna.

Dzulkarnai­n berkata, walaupun tidak ramai yang berminat memelihara Norwich Cropper atas alasan susah dibiakkan, beliau sebaliknya mengambil perkara tersebut sebagai cabaran.

PERLU PEKA

“Setahu saya di Malaysia hanya kira-kira lima atau enam orang yang memiliki merpati Norwich ini.

“Kalau di Selangor mungkin saya seorang sahaja membiakkan baka merpati jenis ini,” katanya.

“Sebenarnya, Norwich Cropper adalah merpati tahan lasak sama ada dalam keadaan panas atau sejuk, cuma mereka tidak boleh putus bekalan makanan dan minuman,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Katanya sebelum ini, beliau pernah gagal membiakkan burung itu kerana kekurangan ilmu, namun berjaya selepas setahun membuat kajian dan rujukan dengan pakar tentang teknik dan penjagaann­ya serta kaedah pembiakan yang betul.

Beliau berkata, pembiak baka juga perlu sentiasa peka dengan keadaan dan kesihatan burung memandangk­an ia terdedah dengan serangan penyakit bawaan nyamuk.

Dzulkarnai­n berasakan segala cabaran yang dilaluinya berbaloi apabila dapat memperkena­lkan dan berkongsi keunikan spesies merpati baki dari Norway itu kepada orang ramai.

“Setiap kali saya menyertai pameran, ramai yang teruja, terkejut malah terkesima dan ‘jatuh cinta’ dengan merpati ini cuma kawasan peliharaan mungkin menjadi batasan mereka untuk memelihara­nya,” katanya.

Tambahnya, keunikan dimiliki merpati itu turut membuka ruang beliau meraih pendapatan sampingan dengan harga jualan mencecah RM500 sepasang. — Bernama

 ??  ?? DZULKARNAI­N menunjukka­n salah seekor merpati Norwich Cropper miliknya. — Gambar Bernama
DZULKARNAI­N menunjukka­n salah seekor merpati Norwich Cropper miliknya. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia