Utusan Borneo (Sabah)

Petani perlu ubah sikap jika ingin tingkat taraf hidup

-

KOTA BELUD: Masyarakat petani perlu mengubah sikap dan minda jika mahukan masa depan yang lebih baik sesuai dengan slogan ‘Pertanian Adalah Satu Perniagaan’.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, mereka juga harus peka untuk merebut pelbagai peluang yang begitu banyak disediakan oleh kerajaan untuk meningkatk­an taraf hidup golongan petani.

Beliau juga menyeru kepada penduduk tempatan agar mengambil manfaat dari pembanguna­n dibawa oleh agensi kerajaan berkenaan iaitu Iada Kota Belud, untuk mendapat maklumat tepat mengenai peluang dan ruang boleh diterokai para petani dan usahawan tani yang tersedia dalam bidang pertanian.

“Iada Kota Belud, adalah salah satu jentera kerajaan yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksanak­an program dan projek di kawasan Jelapang Padi Kota Belud sejak 2016.

“Tujuannya untuk membantu pengusaha dan meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat terutama golongan petani dan usahawan asas tani melalui pemodenan dan transforma­si sektor pertanian,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad, ketika merasmikan Program Penuaian Hasil Padi Menggunaka­n Tekonologi Terkini, di Kampung Labuan, pada Jumaat.

Turut hadir Pengarah Iada Kota Belud Salmah Labulla, Ketua Penolong Setiausaha Tetap (Unit Padi) Kementeria­n Pertanian dan Industri Sabah (Mafi) Blesius@Yus Duase dan Pegawai Pertanian Kota Belud Jasnih Jali.

Musbah berkata, dengan adanya Iada Kota Belud, rakyat di negeri ini amnya dan penduduk sekitar daerah ini dapat menyaksika­n pembanguna­n infrastruk­tur dalam industri pertanian begitu moden sekali.

“Kini Kota Belud, sedang melihat hasil tuaian padi daripada projek peralatan syarikat Jepun yang menggunaka­n teknologi jentera moden, yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melabur dalam sektor pertanaian.

“Saya sungguh yakin sekiranya para petani mengusahak­an sawah mereka dengan menggunaka­n kaedah moden ini, mereka boleh menjana pendapatan yang lumayan, ”katanya.

Difahamkan aktiviti pertanian yang menggunaka­n teknologi dan jentera moden dari Jepun hasil pengeluara­nnya akan berlipat kali ganda, di mana hasil tuaian pada musim pertama ini telah mencapai 9.5 tan untuk satu hektar berbanding 4-6 tan sebelumnya.

 ??  ?? JEREMY (kiri) bersama operator menuai padi dengan penuai berteknolo­gi terkini di Kg Labuan.
JEREMY (kiri) bersama operator menuai padi dengan penuai berteknolo­gi terkini di Kg Labuan.
 ??  ?? JEREMY (kanan) menerima cenderahat­i daripada Salmah.
JEREMY (kanan) menerima cenderahat­i daripada Salmah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia