Utusan Borneo (Sabah)

Liaoning tiba di HK, ‘pamer kekuatan ketenteraa­n China’

Tiba di Hong Kong buat julung kali, kurang dari seminggu selepas lawatan berprofil tinggi Xi

-

HONG KONG: Kapal pengangkut pesawat beroperasi yang pertama dari China tiba di Hong Kong buat pertama kalinya semalam untuk mempamerka­n kekuatan ketenteraa­n tidak sampai seminggu selepas lawatan berprofil tinggi oleh Presiden Xi Jinping.

Lawatan Xi menandakan 20 tahun sejak Hong Kong dikembalik­an kepada China oleh Britain, dan penganalis­is berkata ia tidak diragui bahawa Beijing menganggap bandar raya itu sebagai pusat bagi tentangan politik yang tidak dapat diterima kerana ia didakwa menggugat ke-stabilan.

Lawatannya selama tiga hari berakhir dengan satu

Kapal Liao-ning, yang dinamakan sempena sebuah wilayah di timur laut China, merupakan sebahagian daripada flotilla yang menjalanka­n “misi latihan rutin”.

Kementeria­n Pertahanan Negara ucapan selama 30 minit yang memberi amaran bahawa sebarang cabaran kepada kuasa Beijing ke atas bandar raya itu melintasi “garisan merah”, dilihat sebagai satu cabaran kepada golo-ngan aktivis baharu yang menuntut autonomi atau kemerdekaa­n, dua konsep yang tidak dapat diterima oleh Beijing.

Presiden Xi turut memeriksa 20 skuad anggota tentera Jumaat lalu semasa perarakan tentera terbesar di bandar raya itu sejak dua dekad yang lalu, di mana helikopter dan kenderaan perisai dipamerkan.

Kapal Liaoning, sebuah kapal terpakai Soviet sepanjang 305 meter yang dibina hampir 30 tahun lalu dan ditauliahk­an pada 2012, tiba di bandar raya berkenaan sekitar jam 7.30 pagi.

Kementeria­n pertahanan negara berkata kapal Liaoning, yang dinamakan sempena sebuah wilayah di timur laut China, merupakan sebahagian daripada flotilla yang menjalanka­n “misi latihan rutin”.

Ia akan menandakan ulang tahun ke -20 kemasukan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) ke bandar raya tersebut, kata jurucakap kementeria­n pertahanan Wu Qian kepada pemberita Khamis minggu lepas.

Orang ramai ternyata teruja dengan kapal pengangkut pesawat itu dan berbaris semalaman di garison PLA di tengah Hong Kong untuk tiket lawatan awam pada awal minggu ini.

Namun pembawa tiket dilarang daripada membawa kamera apabila mereka menaiki kapal pengangkut pesawat itu pada hari ini (Sabtu), kata laporan, manakala saluran media asing tidak dijemput untuk membuat liputan bagi acara tersebut.

Pihak berkuasa turut membentuk zon larangan terbang sementara di kawasan di mana kapal Liaoning akan berlabuh berhampira­n jambatan gantung Tsing Ma di bandar raya itu.

Selepas penyerahan pada 1997, ada yang khuatir PLA akan bertindak kasar ekoran tindakan tentera ke atas penunjuk perasaan pelajar di Dataran Tiananmen, Beijing, pada 1989. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KAPAL pengangkut pesawat China, Liaoning, berlayar masuk ke wilayah perairan Hong Kong, China semalam.
— Gambar Reuters KAPAL pengangkut pesawat China, Liaoning, berlayar masuk ke wilayah perairan Hong Kong, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia