Utusan Borneo (Sabah)

Rusuhan gegar penjara Mexico, 28 dibunuh kejam

-

ACAPULCO: Banduan yang merusuh di sebuah penjara Mexico telah mengelar leher musuh mereka dan memukul mereka sehingga mati kelmarin, menyebabka­n 28 terbunuh dalam letusan keganasan terbaharu di penjara yang selalunya tegang di negara ini.

Beberapa mayat telah ditemui bergelimpa­ngan di sekitar kawasan berkawalan maksimum, dapur, sebuah laman penjara dan sebuah kawasan lawatan yang berhampira­n selepas rusuhan pada awal pagi itu di penjara persekutua­n Las Cruces di Acapulco, kata jurucakap keselamata­n bagi wilayah Guerrero.

“Insiden itu berpunca daripada satu pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan bermusuhan di dalam penjara,” jurucakap, Roberto Alvarez, memberitah­u satu sidang media.

Ia merupakan rusuhan maut terbaharu di penjara Mexico yang sangat padat, di mana rasuah berleluasa, banduan selalunya mempunyai kawalan de facto, dan senjata larangan serta dadah adalah tersebar.

Gabenor Guerrero sudah mengarahka­n satu siasatan terhadap semua kakitangan penjara, menurut Alvarez.

Pihak polis negeri telah mengambil alih sementara waktu ke atas penjara ter- sebut, dibantu oleh polis persekutua­n dan tentera, yang membentuk satu sekatan keselamata­n di luar.

Pihak berkuasa pada mulanya memberi angka kematian seramai lima orang dan berkata rusuhan telah dihadkan pada sayap kawalan maksimum. Namun angka tersebut meningkat ketika polis memeriksa bahagian lain di penjara tersebut.

Tiga banduan lagi tercedera dalam keganasan itu, menurut Alvarez.

Beberapa pengawal berkata sebahagian daripada mangsa telah dikelar lehernya, menurut satu laporan dalaman polis negeri. Ia juga menyatakan bunyi tembakan telah dilepaskan di sayap kawalan maksimum, kelihatan oleh pihak tahanan.

Terdapat kehadiran ramai anggota keselamata­n di luar penjara, dengan tentera dan polis pencegah rusuhan telah mengepung kawasan dan dua helikopter berlegarle­gar di ruang udara kawasan tersebut.

Ini adalah keganasan penjara paling teruk di Mexico sejak 49 banduan terkorban pada Februari 2016 dalam rusuhan di penjara Topo Chico di Monterrey, di barat laut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar ?? AHLI keluarga banduan berhimpun di hadapan polis pencegah rusuhan di luar penjara Las Cruces di Acapulco, negeri Guerrero selepas rusuhan ganas di antara banduan menyebabka­n 28 maut dan tiga lagi cedera kelmarin.
— Gambar AHLI keluarga banduan berhimpun di hadapan polis pencegah rusuhan di luar penjara Las Cruces di Acapulco, negeri Guerrero selepas rusuhan ganas di antara banduan menyebabka­n 28 maut dan tiga lagi cedera kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia