Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat nikmati rebat RM5.4 bilion melaluI ICPT

-

KUALA LUMPUR: Mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api dan Penjanaan atau ‘Imbalance Cost Pass Through’ (ICPT) yang diperkenal oleh kerajaan sejak 2015, membolehka­n rakyat menikmati rebat tarif elektrik sebanyak kira-kira RM5.4 bilion sepanjang tempoh Mac 2015 hingga Disember 2017.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, kerajaan turut membelanja­kan sekitar RM3.79 bilion sepanjang tempoh 2012-2017 bagi menampung kos bahan api dan memberi subsidi supaya pengguna di Sabah membayar kadar tarif yang lebih rendah daripada kos pembekalan elektrik sebenar.

Untuk makluman, mekanisme ICPT ini hanya dilaksanak­an di Semenanjun­g Malaysia.

“Untuk Program Rebat RM20, kerajaan membelanja­kan RM1.049 bilion sejak ia mula diperkenal pada Oktober 2008 hingga kini, dengan kerajaan membayar bil elektrik bagi pengguna yang menggunaka­nelektrik kurang daripada RM20 sebulan,” katanya pada program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.

Sementara itu, dalam pengumuman mengenai penyelaras­an tarif elektrik yang dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada 30 Jun lepas, kerajaan bersetuju membelanja­kan RM1.30 bilion untuk subsidi pengguna elektrik di Semenanjun­g bagi tempoh JulaiDisem­ber tahun ini.

Berdasarka­n jumlah ini, Zaini berkata rakyat akan membayar kadar tarif elektrik lebih rendah daripada tarif asas dengan kerajaan menampung surcaj sebanyak 1.02 sen per kilowatt (sen/ kWj) di samping mengekalka­n rebat sebanyak 1.52 sen/kWj, menjadikan jumlah rebat keseluruha­n kepada 2.54 sen/kWj bagi tempoh tersebut.

Katanya jumlah rebat yang lebih tinggi daripada tempoh sebelum ini disebabkan peningkata­n kos pembekalan elektrik berikutan kenaikan harga arang batu sebanyak 36 peratus, kemerosota­n kadar tukaran wang asing kepada ringgit dan kenaikan harga gas berpaip.

Bagaimanap­un, kerajaan memutuskan untuk menyerap kenaikan kos pembekalan elektrik ini supaya tidak membebanka­n pengguna, di samping mengekalka­n rebat sedia ada sebanyak 1.52 sen/kWj yang telah diberikan sejak 1 Januari 2017.

“Rebat ini ditampung sepenuhnya menggunaka­n Dana Hasil Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Penjana Kuasa Bebas Generasi Pertama (Dana Penjimatan PPA),” katanya.

Dana Penjimatan PPA ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati penjimatan yang diperoleh hasil perbincang­an semula kerajaan dengan penjana kuasa bebas (IPP) generasi pertama.

Dana tersebut yang berperanan sebagai dana penstabil bertujuan memastikan kadar tarif elektrik tidak membebanka­n pengguna. — Bernama

 ??  ?? BERKUALITI: Produk buatan Reckitt Benckiser kelihatan di sebuah kedai di Brighton, England, dalam gambar fail bertarikh 21 Julai, 2010. — Gambar Reuters
BERKUALITI: Produk buatan Reckitt Benckiser kelihatan di sebuah kedai di Brighton, England, dalam gambar fail bertarikh 21 Julai, 2010. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia