Utusan Borneo (Sabah)

Lanzhou, gerbang produk halal Malaysia

Tawar potensi besar kerana kawasan itu diguna sebagai antara hab halal dan logistik China

-

LANZHOU: Lanzhou, ibu kota Wilayah Gansu China, dengan penduduk Islam lebih daripada sejuta, berpotensi menjadi pintu masuk produk halal Malaysia ke wilayah-wilayah Islam lain di China, selain Asia Tengah, di mana permintaan ke atas produk itu semakin meningkat.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata bandar perindustr­ian, yang terletak kirakira 1,505km ke barat daya Beijing itu boleh menjadi tempat terbaik bagi syarikat halal Malaysia untuk memasuki pasaran sedia ada.

“Pintu masuk ini dapat menyediaka­n satu lagi platform bagi pertukaran perdaganga­n antara kedua-dua belah pihak, dengan syarikat Malaysia boleh menembusi Lanzhou dan bahagian lain wilayah Islam di China, manakala produk halal Lanzhou boleh meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya kepada Bernama di luar Misi Perdaganga­n dan Pelaburan China Lanzhou pada Khamis.

Bertemakan Bersama Meningkatk­an BRI (Inisiatif Jalur dan Jalan) untuk Mempromosi Kerjasama Sama-sama Menang, edisi tahun ini, yang memberi tumpuan kepada keterbukaa­n, perintis, kerjasama dan pembanguna­n, bermula pada Khamis dan berakhir pada 9 Julai.

BRI ialah inisiatif yang dicetuskan oleh Presiden China Xi Jinping pada 2013 sebagai strategi pembanguna­n yang memberi tumpuan kepada hubungan dan kerjasama, selain meningkatk­an perdaganga­n antara negara dengan menyediaka­n infrastruk­tur seperti pelabuhan, kereta api dan lebuh raya.

Ong, dalam lawatan kerja ke wilayah itu, berkata berdasarka­n pertemuan dengan wakil-wakil dari Jawatankua­sa Wilayah Gansu pada Khamis, mereka menyuaraka­n minat untuk menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n ke atas kualiti produk halal Malaysia.

Jawatankua­sa ini juga berminat mendapatka­n universiti dan pusat penyelidik­an dan pembanguna­n di wilayah itu, untuk terlibat dan membantu Malaysia dalam menjalanka­n penyelidik­an lanjut selain menghasilk­an produk makanan berkualiti seperti produk buah-buahan serta produk halal lain.

“Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) juga telah menjemput mereka untuk menghadiri Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) tahun depan, dan melawat Malaysia lebih kerap untuk berbincang lanjut mengenai penubuhan pintu masuk halal,” katanya.

Anggota delegasi Malaysia ke pameran perdaganga­n empat hari itu terdiri daripada 90 wakil dari 31 syarikat dan pelbagai organisasi kerajaan, mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an halal secara agresif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata penerimaan ke atas produk halal Malaysia dalam kalangan pelanggan China ke pameran itu, sangat positif.

Memandangk­an permintaan produk halal berkembang pesat di wilayah majoriti islam itu i, beliau berkata MATRADE akan terus menggalakk­an lebih banyak syarikat halal Malaysia mempromosi­kan produk mereka dengan potensi jaringan untuk menembusi pasaran dengan kerjasama syarikat tempatan dari Lanzhou.

Lanzhou menawarkan potensi besar, terutama ketika kerajaan China, menerusi BRI, menggunaka­n kawasan itu sebagai antara hab halal dan logistikny­a di China, untuk menembusi Barat.

“Oleh itu, dengan kadar tumpuan dan usaha yang dilaksanak­an untuk membangunk­an kawasan ini, ia akan menjadi lebih menonjol apabila BRI semakin matang,” katanya.

Mohd Shahreen gembira kerana Malaysia dihormati sebagai tuan rumah negara pada majlis tersebut.

“Ia sangat baik untuk produk halal Malaysia dalam mendapatka­n pengiktira­fan daripada penganjur, selain menikmati liputan penuh oleh media tempatan.

“Ini merupakan bonus tambahan kepada delegasi Malaysia untuk capaian pasaran yang berpotensi di sini, dan seterusnya,” katanya.— Bernama

“Pintu

masuk ini dapat menyediaka­n satu lagi platform bagi pertukaran perdaganga­n antara kedua-dua belah pihak, dengan syarikat Malaysia boleh menembusi Lanzhou dan bahagian lain wilayah Islam di China, manakala produk halal Lanzhou boleh meneroka ” pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. DATUK SERI ONG KA CHUAN Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua

 ?? — Gambar Bernama ?? ONG (tengah) pada sidang media semasa Misi Perdaganga­n dan Pelaburan China Lanzhou ke-23 di Ganzu Internatio­nal Convention Center di Lanzhou, China kelmarin.Turut hadir Mohd Shahreen (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.
— Gambar Bernama ONG (tengah) pada sidang media semasa Misi Perdaganga­n dan Pelaburan China Lanzhou ke-23 di Ganzu Internatio­nal Convention Center di Lanzhou, China kelmarin.Turut hadir Mohd Shahreen (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia