Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat tempatan digesa manfaatkan segera industri kargo udara: Liow

-

SEPANG: Syarikat tempatan perlu bertindak proaktif dalam mengambil peluang dan menyertai ruang kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) yang ketika ini mencatat pertumbuha­n memberangs­angkan susulan minat asing yang turut meningkat.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengasas Alibaba Group, Jack Ma ‘berada di sini’ dan mengambil ruang yang luas di kawasan kargo KLIA, sekali gus bukti jelas kepada usaha Zon Perdaganga­n Bebas Digital.

Beliau berkata, berlaku kekurangan ruang ketika ini memandangk­an banyak syarikat lain juga berminat untuk melabur di negara ini.

“(Syarikat tempatan) Jangan hanya tunggu dan lihat, manfaatkan peluang itu dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Pengedaran Komponen Global Kuala Lumpur Renesas Electronic­s di sini, pada Rabu.

Katanya, beliau telah memaklumka­n Malaysia Airports Holdings Bhd supaya memberi keutamaan kepada syarikat tempatan yang memerlukan ruang di kawasan kargo.

“Kita berada di tahap pencapaian yang sangat positif untuk menjadikan Malaysia sebagai hab logistik Asean memandangk­an kita tidak pernah menyaksika­n banyak minat terhadap (kawasan) kargo KLIA sebelum Jack Ma, dan kini syarikat Jepun, Renesas, manakala banyak syarikat tempatan semakin berkembang di sini,” katanya.

Mengenai pusat pengedaran Renesas Electronic­s, Liow berkata syarikat dan Tasco Bhd memerlukan tiga tahun untuk menubuhkan pusat berkenaan, dan mengambil 300 staf baharu yang kemudianny­a dilatih untuk pengendali­an kargo di kemudahan itu.

“Pembukaanp­usat tersebut bukan hanya satu pencapaian bagi Tasco malah juga buat industri logistik di Malaysia, memandangk­an ia menetapkan piawaian baharu untuk syarikat lain melaksanak­an penanda aras,” katanya.

Beliau berkata, Tasco juga merancang untuk meneroka rantaian logistik sejuk bagi industri makanan dan minuman.

“Ia juga merupakan bidang yang perlu kita sokong. Sayur-sayuran dan bunga dari Cameron Highlands dihantar melalui Singapura, bukan KLIA, kerana kita tidak mempunyai sistem rantaian sejuk yang baik di Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LIOW berbual dengan Pengarah dan Pengurusan Pegawai Eksekutif Yusen Logistics Japan,Toshiyuki Kimura (kiri),EksekutifT­imbalan Presiden Renesas Electronic­s Japan,Manabu Kawashima (dua kiri),) dan Eksekutif Pengerusi TASCO Berhad, Lee Check Poh (kanan) selepas pelancaran Pusat Pengedaran Komponen Global Kuala Lumpur Renesas Electronic­s di Sepang, kelmarin.
— Gambar Bernama LIOW berbual dengan Pengarah dan Pengurusan Pegawai Eksekutif Yusen Logistics Japan,Toshiyuki Kimura (kiri),EksekutifT­imbalan Presiden Renesas Electronic­s Japan,Manabu Kawashima (dua kiri),) dan Eksekutif Pengerusi TASCO Berhad, Lee Check Poh (kanan) selepas pelancaran Pusat Pengedaran Komponen Global Kuala Lumpur Renesas Electronic­s di Sepang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia