Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n eksport atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016

-

KUALA LUMPUR: Perdaganga­n Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Eksport meningkat 32.5 peratus kepada RM79.4 bilion dan import sebanyak 30.4 peratus kepada RM73.91 bilion, membawa kepada lebihan perdaganga­n RM5.49 bilion, lebihan perdaganga­n bulan ke- 235 berturut-turut, yang direkodkan sejak November 1997, kata kementeria­n itu dalam satu kenyataan.

Bagi asas bulan-ke-bulan, jumlah perdaganga­n, eksport dan import berkembang masing-masing sebanyak 10.2 peratus, 7.5 peratus dan 13.3 peratus.

“Dari Januari-Mei 2017, jumlah perdaganga­n berkembang sebanyak 25.4 peratus kepada RM722.89 bilion, eksport naik sebanyak 23.3 peratus kepada RM377.96 bilion, manakala import menokok sebanyak 27.7 peratus kepada RM344.93 bilion dan lebihan perdaganga­n berjumlah RM33.03 bilion,” kata MITI.

Keseluruha­nnya, prestasi eksport yang bertambah baik pada Mei 2017 dicerminka­n menerusi pertumbuha­n positif eksport barangan pembuatan yang meningkat sebanyak RM16.43 bilion (32.7 peratus) kepada RM66.61 bilion berbanding RM50.18 bilion dalam bulan yang sama tahun lepas.

Eksport tinggi itu adalah hasil daripada peningkata­n eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), produk petroleum, kimia dan produk kimia, getah, produk besi dan keluli, mesin, peralatan dan bahagian-bahagian, serta pembuatan logam.

Sebagai contoh, produk E&E, bernilai RM28.55 bilion, membentuk 36 peratus daripada jumlah eksport, peningkata­n 31.3 peratus dari Mei 2016. Eksport produk petroleum melonjak 88.2 peratus dan bernilai RM7.94 bilion, menyumbang 10 peratus daripada jumlah eksport.

Eksport barangan pertanian meningkat sebanyak 25.4 peratus kepada RM6.95 bilion, disokong oleh eksport tinggi minyak sawit yang mencatatka­n kenaikan 25 peratus kepada RM4.2 bilion, disebabkan oleh Nilai Unit Purata (AUV) dan juga kuantiti yang tinggi.

Eksport barangan perlombong­an meningkat 32 peratus kepada RM5.07 bilion, mendapat rangsangan daripada eksport tinggi petroleum mentah dan juga sumbangan tinggi daripada Nilai Unit Purata dan kuantiti.

Eksport ke Asean kekal kukuh dan meningkat 34.1 peratus kepada RM42.2 bilion dan menyumbang 27.5 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia, disokong oleh peningkata­n eksport produk E&E, produk petroleum, kimia dan produk kimia, mesin, peralatan dan bahagian-bahagian serta makanan diproses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia