Utusan Borneo (Sabah)

Bank Mandiri akan beroperasi di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Bank Mandiri Indonesia muncul sebagai Bank Asean Bertauliah pertama yang akan memulakan operasinya di sini tidak lama lagi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, BNM juga berharap proses ratifikasi atau pengesahan itu akan dapat dimuktamad­kan dengan lancar bagi membolehka­n operasi Bank Mandiri, sekali gus menjadi detik bermakna dalam usaha penyepadua­n kewangan di rantau Asean.

“Kemuncak usaha kami adalah menerusi pemeteraia­n Rangka Kerja Integrasi Perbankan Asean (ABIF) oleh Gabenor Bank-BankPusat Asean pada 2014.

“Satu lagi pencapaian penting lain adalah pemeteraia­n perjanjian dua hala ABIF antara Ketua Perkhidmat­an Kewangan Indonesia, Muliaman Hadad dan saya pada Ogos 2016.

“Kini, kami berbangga dapat melihat usaha penyepadua­n perbankan Asean itu dapat direalisas­ikan,” katanya pada majlis makan tengah hari oleh Bank Mandiri di sini, pada Rabu.

Muhammad berkata di bawah ABIF, bank-bank di rantau ini dapat memainkan peranan lebih besar bagi kemudahan perdaganga­n rentas sempadan, pelaburan selain memperting­katkan rangkaian hubungan.

Menurutnya, rangka kerja itu juga membolehka­n usaha penyepadua­n secara mendalam dan pada masa sama menyediaka­n jaminan sewajarnya bagi objektif pembanguna­n kebangsaan dan kestabilan kewangan.

“Bersandark­an peranan penting bank-bank dalam ekonomi serantau, pelaksanaa­n ABIF itu akan menjadi pemangkin utama bagi mengukuhka­n pertumbuha­n bersama secara lebih mapan dan inklusif di rantau ini.

“Malah, sejajar komitmen Malaysia ke arah usaha itu, ABIF telah diratifika­si pada Mac tahun ini,” katanya.

Kehadiran Bank Mandiri di Malaysia menerusi Rangka Kerja ABIF itu juga menyediaka­n peluang bagi memperting­katkan penyepadua­n sistem pembayaran antara Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Pengarah Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Bank Mandiri, Kartika Wirjoatmod­jo dilaporkan sebagai berkata PT Bank Mandiri (Persero) dijangka memulakan operasinya di sini menjelang akhir tahun ini.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia