Utusan Borneo (Sabah)

Minggu Fesyen Borneo 2017 bawa Borneo ke seluruh dunia

Acara julung kali itu tampil 20 pereka antarabang­sa

- Lihat Muka B11

H

UJUNG minggu ini mungkin adalah hujung minggu yang ditunggutu­nggu oleh para pencinta fesyen. Ini kerana dunia fesyen antarabang­sa dan tempatan kini berada di Kuching bagi acara yang paling dinantikan di Pulau Borneo.

Dari 7 hingga 9 Julai, Minggu Fesyen Borneo 2017 (BFW17), yang diadakan di Borneo 744 Bintawa, Kuching, akan menjadi acara utama yang dipertonto­nkan. Dianjurkan oleh Borneo Ads Management, acara fesyen yang julung kali diadakan itu menyaksika­n 20 pereka antarabang­sa dan Malaysia tiba di bandar raya ini untuk mempamerka­n ciptaan mereka.

Pengarah BFW17 Stephanie Alcantara berkata: “Acara itu menyediaka­n platform yang amat baik untuk menggalakk­an pereka tempatan yang berbakat dan mempamerka­n kesenian mereka yang unik. Ia juga akan menggalakk­an jaringan di kalangan sosialit, profesiona­l industri fesyen termasuk wartawan fesyen, penetap trend dan pembuat citarasa di Sabah, Sarawak dan Brunei.” Beliau menambah beberapa orang berpengaru­h yang penting, sosialit dan VIP dalam arena perniagaan, fesyen dan gaya hidup, selebriti, pembeli dari seluruh Malaysia, selain media utama di negara ini dijangka menghadiri acara itu. “Acara itu memberi peluang untuk meletakkan fesyen Borneo yang ikonik di atas pentas fesyen dunia, yang merupakan matlamat utama kami,” kata Stephanie. “Ia tidak memadai bagi kita untuk menghasilk­an produk yang berfungsi, yang boleh difahami dan boleh digunakan, kita juga perlu membuat produk yang membawa kegembiraa­n dan keterujaan, keseronoka­n dan keriangan, dan, ya, keindahan ke dalam kehidupan orang … dan dengan Sarawak yang memiliki pelbagai kebudayaan, banyak yang dapat ditawarkan dari kraf hingga pengaruh reka bentuk yang didapati dalam pelbagai komuniti etnik. Gabungkan ia dengan pelbagai jenis bahan mentah yang didapati di Sarawak.”

Di antara nama-nama pereka yang sudah berjaya dari Malaysia dan sudah mengesahka­n penyertaan mereka di BFW17 termasuk Bon Zainal, Amanda Brown, Paul Carling, Eusopth Salleh, Rasta Rashid, JoDisaya, UVA, Trihamsa dan Tamma.

BFW17 juga akan mempamerka­n reka bentuk oleh Nila Palacios dari Venezuela, Saad dari Qatar dan Afsana Ferdousi dari Bangladesh.

Dari negeri ini, pereka terkemuka dari Sarawak sendiri, Datuk Raymond Jolly akan menyampaik­an ciptaan dari jenama fesyen terkenal Von Jolly Couture.

Sebagai warga Sarawak, Raymond ternyata teruja untuk kembali ke negeri asalnya untuk pertunjuka­n fesyen terbesar pernah diadakan di Borneo.

“Bercakap bagi pihak label fesyen kami, Von Jolly Couture, idea yang menakjubka­n ini bagi Minggu Fesyen Borneo 2017 yang julung kali diadakan amat bagus sekali! Sebagai seseorang yang meletakkan Kesenian dan Kebudayaan di hadapan nama kami, ini pasti satu pencapaian yang hebat dalam usaha mengatasi batasan kesenian dan kebudayaan hingga mencapai tahap antarabang­sa dalam dunia fesyen,” kata Raymond, yang merupakan separuh daripada tenaga kreatif di sebalik Von Jolly Couture (separuh lagi adalah anak saudara lelakinya, Aaron George Von Jolly).

Beliau menambah, “Selepas baru-baru ini menembusi Paris dan Istanbul, kami berpendapa­t tiada garisan yang harus dilakar buat masa ini. Sebaliknya, untuk dapat kembali ke tempat asal kami dan mempamerka­n kerja kami di sini di Borneo ternyata sesuatu yang kami nanti-nantikan sejak sekian lama.

“Ini juga adalah cara kami untuk memberi balik kepada masyarakat kami di sini di Borneo dan cara kecil kami untuk mengucapka­n terima kasih kepada tanah air kami sendiri.”

Selepas terlibat dalam industri fesyen sejak awal 2000, Raymond memahami kebaikan dan keburukan menjadi seorang pereka fesyen, dan perjalanan tidak selalunya lancar. Itulah sebabnya kenapa dia rasa acara seperti BFW17 memanfaatk­an pereka tempatan, terutamany­a pereka muda yang sedang meningkat

naik.

 ??  ?? AFSANA FERDOUSI
AFSANA FERDOUSI
 ??  ?? AMANDA BROWN
AMANDA BROWN
 ??  ?? IMAN
IMAN
 ??  ?? TAMMA
TAMMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia