Utusan Borneo (Sabah)

Korek parit atasi masalah banjir kilat

Kerap berlaku di Kampung Piasau Utara kerana tiada sistem perparitan yang teratur

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam melakukan tindakan segera dengan mengorek parit di sekitar beberapa kediaman di Kampung Piasau Utara di sini bagi menangani masalah banjir kilat.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata masalah banjir kilat kerap berlaku di kawasan berkenaan, setiap kali hujan turun dengan lebat kerana tiada sistem perparitan yang teratur.

Katanya, penduduk sebaliknya cuma membuat parit dengan mengorek tanah di hadapan rumah mereka dan selain cetek, ia juga mudah tersumbat, akibat sampah serta tumbuhan yang tumbuh dan menjalar di dalam parit.

“Justeru sebagai langkah segera dan jangka pendek, saya mengarahka­n pihak kontraktor mengorek parit tanah berkenaan lebih dalam agar air dapat mengalir keluar menuju ke parit besar.

“Untuk jangka panjang, kita akan membina parit konkrit yang lebih dalam dengan sistem saliran lebih baik,” katanya kepada pemberita di sini, selepas melakukan tinjauan di Kampung Piasau Utara di sini, pada Khamis.

Menurut Adam lagi, selain mengelak banjir kilat disebabkan hujan lebat, parit itu juga perlu dikorek dalam untuk mengelak limpahan air sungai yang masuk ke parit, apabila tiba masa pasang besar.

Beliau yang sebelum ini melakukan tinjauan yang sama, memberitah­u bahawa pihaknya akan melakukan kajian terperinci terlebih dahulu dan mengenal pasti laluan parit yang akan dinaik taraf, sebelum tampil dengan pelan terperinci untuk dikemukaka­n kepada kementeria­n bagi mendapatka­n peruntukan.

Kampung Piasau Utara yang merupakan salah sebuah perkampung­an nelayan di sini dan terletak di pinggir Sungai Miri, sering berdepan masalah banjir kilat dan wajar memerlukan tindakan segera bagi menangani isu berkenaan daripada terus berlaku, jelas Adam.

“Justeru sebagai langkah segera dan jangka pendek, saya mengarahka­n pihak kontraktor mengorek parit tanah berkenaan lebih dalam agar air dapat mengalir keluar besar.” menuju ke parit ADAM YII Datuk Bandar Miri

 ??  ?? JENGKAUT mula melakukan kerja mengorek untuk memperdala­mkan parit di hadapan beberapa kediaman yang dilanda banjir kilat pada Rabu lalu.
JENGKAUT mula melakukan kerja mengorek untuk memperdala­mkan parit di hadapan beberapa kediaman yang dilanda banjir kilat pada Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia