Utusan Borneo (Sabah)

Zulaikha antara pengadil PARA Asean KL 2017

-

KOTA KINABALU: Nur Zulaikha Ismail, 22, terpilih sebagai salah seorang pengadil Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 pada 9-18 September.

Persatuan Badminton Sabah (SBA) dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat memberitah­u bahawa pemilihan Zulaikha itu adalah satu penghormat­an dan pengiktira­fan terhadap kemampuan pengadil negeri dan negara ini.

Sebelum itu, Zulaikha yang juga salah seorang pemegang sijil Pengadil Tahap 3 Kebangsaan dari Sabah juga akan bertugas pada Siri Kejohanan Badminton Celcom Axiata di Putrajaya pada 11-16 Julai dan Final Sirkit Grand Prix Junior di Terengganu pada 22-29 Julai.

Kejohanan di Terengganu itu juga dijadikan medan bagi menilai dan seterusnya menentukan ranking pengadil kebangsaan melibatkan pemegang sijil Tahap 3.

SBA juga bangga apabila seorang lagi pengadil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari sini, Vickneswar­an Salapan juga akan menghadiri Penilaian Akreditasi Badminton Asia di Jakarta sempena Kejohanan Remaja Asia pada 19-23 Julai.

Pengadil antarabang­sa Sabah, Anthony C. Linggian juga bertugas pada kejohanan di Jakarta itu.

Dikatakan bahawa bidang pengadil adalah antara agenda yang diberi penekanan sama dalam program pembanguna­n badminton negeri ini semasa Mesyuarat Agung Tahunan SBA baru-baru ini.

Program pembanguna­n itu termasukla­h dengan memberi pendedahan kepada pengadil bertugas pertanding­an peringkat antarabang­sa.

Sambil itu, Anthony yang juga pengadil Persekutan Badminton Dunia (BWF) telah mengendali­kan Kursus Lanjutan Praktikal Pengadil kepada pengadilpe­ngadil SBA di Kompleks Sukan di sini pada Jumaat.

Selepas itu, perbincang­an mengenai program teknikal turut diadakan dengan Steve Jay di pejabat SBA.

 ??  ?? (berdiri di kiri) bersama Anthony (duduk di kiri) dan pengadil SBA lain selepas kursus di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada
Jumaat.
(berdiri di kiri) bersama Anthony (duduk di kiri) dan pengadil SBA lain selepas kursus di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia