Utusan Borneo (Sabah)

Melihat ‘realiti dunia’

Pengalaman penulis di ‘stesen kerja’

- CLARICE USOP

SEPERTI sudah diaturkan untuk saya berada dan berkecimpu­ng dalam bidang ini, masih dalam dunia kewartawan­an namun laporan penulisan berbeza.

Apa yang saya ingin kongsikan bukan perbezaan dunia penulisan itu, tetapi pengalaman saya yang melihat ‘dunia realiti’ dari sudut pandangan saya sendiri.

Sejak bermula dalam karier ini, saya ditugaskan oleh “bos” untuk membuat laporan mahkamah, yang saya anggap Mahkamah Kota Kinabalu adalah stesen kerja saya sehingga kini.

Syukur saya mempunyai seorang senior yang kini bergelar sebagai seorang pegawai polis di Selanggor sabar membimbing, serta rakan-rakan stesen kerja yang sangat memahami dan saling membantu.

Syukur juga kerana saya mempunyai editor khas, untuk membantu saya dalam dunia penulisan melibatkan hal perundanga­n.

Editor khas dan rakanrakan yang berpangala­man dalam bidang ini banyak membantu saya memahami istilah perundanga­n dan mengingati seksyensek­syen yang merujuk kepada kesalahan yang dilakukan.

Pertama kali mendengar keputusan “hukuman gantung sampai mati” membuatkan hati saya bergetar, terbayang-bayang tali gantung yang menanti dan wajah si pesalah cukup membuatkan lutut lemah.

Selain itu, ada hal yang membuatkan hati tersentuh apabila seorang ayah sanggup mencuri, untuk

“Pertama kali mendengar keputusan “hukuman gantung sampai mati” membuatkan hati saya bergetar, terbayangb­ayang tali gantung yang menanti dan wajah si pesalah cukup membuatkan lutut lemah. Selain itu, ada hal yang membuatkan hati tersentuh apabila seorang ayah sanggup mencuri, untuk memastikan anaknya mendapat makan sesuap nasi. ”

memastikan anaknya mendapat makan sesuap nasi.

Dalam hal ini, mahkamah akan memberikan pertimbang­an yang wajar dalam mengenakan hukuman yang setimpal, namun menjadi pengajaran untuk kita yang berada di luar untuk tidak mencuri.

Dengan erti kata yang lain, sekiranya kita masih cukup anggota badan, adalah lebih baik kita mencari pekerjaan yang halal daripada mencuri.

Teringat seorang majistret berkata kepada seorang pesalah “Sanggup kamu mencuri dan memberikan rezeki yang haram kepada anak-anak dan isteri kamu?”.

Saya melihat ramai pesalah terdiri daripada penduduk tempatan atau warga asing yang dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan dadah.

Contohnya seorang ibu muda mendukung bayinya yang baharu beberapa bulan ke mahkamah, atas kesalahan menggunaka­n dadah, menangis ketika membuat rayuan.

Perkara ini mencuri perhatian kita, kerana kasihankan seorang bayi yang masih tidak mengenal dunia, terpaksa menerima ‘padah’ daripada tindakan ibunya.

Saya masih mengingati kata-kata Majistret Stephanie Sherron Abbie “Kamu menyusukan anak kamu dengan susu badan. Kamu tidak kasihankan anak kamu? Bayi kamu menerima kesan buruk daripada tindakan kamu itu,” katanya.

Ibu berkenaan menggunaka­n dadah di rumah mereka, ketika anak-anaknya yang lain pergi ke sekolah.

Banyak peristiwa yang berlaku di hadapan mata, namun dua contoh kes kecil ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama dengan pembaca Utusan Borneo.

Mungkin pada hari lain boleh saya ceritakan pengalaman saya di stesen kerja, menunggu giliran yang seterusnya.

Kesimpulan yang boleh saya fikirkan, apa juga tindakan kita haruslah wajar dan tidak menyalahi undang-undang, kerana apabila melebihi sempadan, hanya akan memakan diri.

 ??  ?? PENULIS (kanan) bersama rakan media lain dalam satu majlis makan tengahari.
PENULIS (kanan) bersama rakan media lain dalam satu majlis makan tengahari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia