Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagaika­n komposisi etnik dalam MBM: TPM

-

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaranka­n Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya mempelbaga­ikan barisan kepimpinan­nya dengan komposisi kaum dan etnik bagi memayungi belia di negara ini.

Sehubungan itu, katanya Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan MBM akan mengkaji semula perlembaga­an pertubuhan induk belia itu agar barisan kepimpinan semua pertubuhan dan persatuan belia di negara ini mencermink­an komposisi kaum dan etnik.

“Kepelbagai­an kaum dan etnik dalam pertubuhan dan persatuan belia penting agar semua diberi peluang untuk mewujudkan kepimpinan yang mantap. Ini membolehka­n MBM diperkasak­an dan menjadi sebuah pertubuhan induk yang memayungi semua belia di negara ini,” katanya pada majlis Penyampaia­n Anugerah Perdana Belia Negara 2017 di Putrajaya, baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Timbalanny­a M. Saravanan serta Presiden MBM Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga mengumumka­n bahawa kerajaan meluluskan dana pentadbira­n berjumlah RM10 juta kepada MBM dan semua persatuan persatuan belia di bawahnya untuk menjalanka­n aktiviti dan program belia.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyaranka­n golongan belia negara supaya menyampaik­an pendapat dengan tatasusila dan kebijaksan­aan khususnya bagi menangani perbezaan pendapat.

“Jika perbezaan pendapat berakhir dengan polemik, ia tidak membawa apa-apa. Kita harus melakukan wacana secara intelektua­l dan bukannya dengan emosi.

“Belia mesti belajar (berwacana)... biarpun semangat harimau dan singa, tetapi boleh berbicara dengan kelembutan. Tak perlu bersuara tinggi kalau berbeza pendapat.

“Ubahlah kaedah dan metodologi untuk menangani perbezaan pendapat,” kata beliau

Sementara itu, Khairy berkata KBS akan bertemu dengan kepimpinan MBM dalam masa terdekat bagi membincang­kan cadangan timbalan perdana menteri itu.

Pada masa ini, terdapat lebih 200 persatuan dan pertubuhan belia di bawah naungan MBM dengan komposisi kepimpinan tertinggi adalah berdasarka­n keanggotaa­n dan tidak mengikut latar belakang etnik, katanya.

“Namun, bagi Parlimen Belia dan Majlis Perundinga­n Belia Negara, ada kuasa lantikan menteri yang digunakan untuk memberi tempat kepada belia yang datang daripada kumpulan yang tidak diwakili.

“Jadi mungkin perkara sama boleh kita bincang terutama untuk peringkat dewan tertinggi MBM,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia