Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu, motosikal ditahan dalam Ops Samseng

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sembilan motosikal dan seorang pemandu lelaki ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 2.45 pagi ketika memandu sebuah Toyota Hilux.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati kereta berkenaan mempamerka­n nombor pendaftara­n bukan milik Toyota Hilux terbabit.

Sehubungan itu, pihaknya membawa pemandu dan kenderaan itu ke Balai Trafik Bandaraya untuk disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (A) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Sembilan motosikal yang disita turut dibawa ke balai trafik untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 60 APJ 1987.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 75 kenderaan pelbagai jenis dan seramai 78 orang diperiksa secara teliti.

“Polis turut memngeluar­kan sebanyak 77 keping saman dalam operasi itu,” katanya.

Chandra berkata Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Lokasi yang terlibat jelasnya, Jalan Coastal, Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Kapayan dan Jalan 1Borneo.

Menurutnya, usaha penguatkua­saan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan memandu dibawa h pengaruh alkohol.

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap beberapa penunggang motosikal dalam operasi itu.
ANGGOTA polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap beberapa penunggang motosikal dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia