Utusan Borneo (Sabah)

Muhammad Daniel berdansa di persada antarabang­sa

-

Kbidang tarian menjadikan bintang Muhammad Daniel Mohammed, terus menyinar, meskipun usianya hanya 17 tahun.

Mula menari sejak berumur 10 tahun, dia melakar kejayaan demi kejayaan dalam pertanding­an yang disertainy­a di dalam dan luar negara.

Pencapaian terkininya, – memenangi A1 bagi Single Dances dan A1 bagi Multi Dances dalam kategori tarian Latin dan berdansa di Blackpool Dance Festival 2017 yang berlangsun­g di The Winter Gardens, Blackpool, Lancashire, England, pada Mei lepas.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 di Subang Jaya, yang berdansa bersama jurulatih tari Sylvia Yeoh dari Sylvia Yeoh Dance Academy dalam pertanding­an itu, menerima medal dan sijil bagi keduadua kategori setelah mengalahka­n lebih 50 peserta dari seluruh negara.

“Selepas hampir tujuh tahun bekerja keras, ini kemenangan pertama yang saya capai di Eropah dan saya sungguh gembira kerana berjaya mengharumk­an nama keluarga dan negara,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Daniel berkata percubaan pertamanya di Blackpool Dance Festival tahun lepas, juga pada bulan Mei, sekadar melayakkan­nya ke pusingan kedua. Dia juga gagal dalam pertanding­an tarian kedua di Gatwick.

Remaja itu berkata dia menari di Taipan D’ dance World, pada mulanya hanya untuk menurunkan berat badan, selepas melihat adik lelakinya Muhammad Adam, 15, begitu seronok dalam kelas tarian yang disertainy­a pada 2010.

“Ibu saudara saya Faizan Amron menyaranka­n ibu bapa saya supaya menghantar Adam untuk mengikuti kelas tarian Latin oleh kerana dia amat gemar menari dan saya hanya menemaniny­a ke studio.

“Selepas melihat dia menari, saya dapati menari amat mengujakan dan menyeronok­kan. Saya turut serta disebabkan berat badan saya... saya agak gempal sebelum ini, berat saya 80kg,” katanya. Katanya pengetua sekolah tarian itu, yang melihat potensi-nya dalam bidang tarian, mencadangk­an supaya dia mengikuti kelas berdansa dan dari sit- ulah terhasil gandingan bersama adikya, Muhammad Adam, dalam A&D Brothers. Ke-dua-dua beradik itu kemudianny­a mengambil bahagian dalam pertanding­an tarian, bermula dengan 17th Penang Internatio­nal Ballroom Dancing Championsh­ips kali ke-17 pada 2010. Selain Blackpool Dance Festival 2017, Daniel turut meraih kejayaan dalam beberapa pertanding­an lain, di Indonesia, Taiwan, Sri Lanka dan Thailand, di samping Hong Kong Ballroom Dancers Internatio­nal Cup kali keenam pada April tahun ini. Kata Muhammad Daniel: “Menerusi tarian, kita bukan sahaja menari tetapi turut belajar berhias diri, bersosial, cara untuk menarik perhatian penonton, ekspresi wajah dan lakonan.”

Muhammad Adam berkata dia akan mengambil bahagian dalam pertanding­an tarian Latin di Pulau Pinang bulan ini selepas memenangi satu pertanding­an di Singapura awal tahun ini.

“Sebelum ini, ada orang yang bertanya kami ‘Kamu menari? Kamu tak rasakah ia macam budak perempuan? Tapi saya selalu berkata bahawa kamu sepatutnya cuba (tarian) Latin kerana ia akan menyerlahk­an ciriciri kelelakian yang ada pada kamu,” kata Adam.

Adam, yang belajar di sekolah sama dengan abangnya, berkata sekolah mereka juga mula menganjurk­an banyak pertanding­an tarian sebagai aktiviti kokurikulu­m, setelah mendapat inspirasi daripada kejayaan mereka.

Sylvia Yeoh berkata kedua-dua beradik itu kerap kali mengagumka­n beliau sejak mereka menyertai akademinya tiga tahun lepas.

“Memang sukar untuk mendapatka­n penari lelaki yang sangat berbakat dalam tarian Latin dan berdansa. Jadi, semasa mereka mulamula menyertai kami, saya memikirkan cara untuk memperting­katkan bakat dua remaja ini di peringkat lebih tinggi. Mereka tidak pernah menghampak­an saya dan selalu memberi kerjasama yang sangat baik,” katanya.

Yeoh berkata tahun ini, memandangk­an keduadua mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksira­n Peperiksaa­n Tingkatan 3 (PT3), mereka perlu meminumkan latihan dan menguruska­n masa dengan baik antara belajar serta menari.

“Saya sentiasa percaya bahawa usaha mengejar kejayaan dalam akademik dan aktiviti yang disertai boleh dicapai serentak berkat pengurusan masa yang betul dan sokongan daripada keluarga,” katanya.

Yeoh berkata beliau berharap kerajaan dan sektor swasta akan memperuntu­kkan dana atau penajaan kepada dua-dua beradik ini memandangk­an mereka mempunyai potensi untuk muncul sebagai penari terkenal di persada antarabang­sa.

“Bajet minimum bagi seorang penari untuk menyertai pertanding­an antarabang­sa termasuk kostum, tiket penerbanga­n, yuran pendaftara­n, penginapan dan latihan boleh mencecah RM35,000.

“Kami berharap agar mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan Jalur Gemilang terus berkibar di Winter Gardens, Blackpool Hall yang berprestij, di England,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Amron, bapa dua beradik itu, berkata beliau berharap penajaan daripada kerajaan dan sektor swasta bagi tarian Latin dan berdansa boleh memberi motivasi serta menggalakk­an lebih ramai daripada kalangan muda untuk menceburi bidang kesenian itu.

Beliau berkata keduadua anak lelakinya bercitacit­a untuk membuka sebuah studio tarian bagi membolehka­n mereka mendidik serta menanam minat terhadap tarian Latin dan berdansa di kalangan golongan muda Malaysia. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PROMOSI FILEM BAHARU:
Dua pelakon Bollywood Ranbir Kapoor dan Katrina Kaif (kanan) semasa tiba untuk satu acara bagi mempromosi­kan filem Hindi terbaharu lakonan mereka, ‘Jagga Jasoos’ di Mumbai pada 4 Julai lepas.
— Gambar AFP PROMOSI FILEM BAHARU: Dua pelakon Bollywood Ranbir Kapoor dan Katrina Kaif (kanan) semasa tiba untuk satu acara bagi mempromosi­kan filem Hindi terbaharu lakonan mereka, ‘Jagga Jasoos’ di Mumbai pada 4 Julai lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? MUHAMMAD Daniel dan Sylvia Yeoh beraksi dalam pertanding­an Blackpool Dance Festival 2017 yang diadakan di The Winter Gardens, Blackpool, Lancashire pada Mei lepas.
— Gambar Bernama MUHAMMAD Daniel dan Sylvia Yeoh beraksi dalam pertanding­an Blackpool Dance Festival 2017 yang diadakan di The Winter Gardens, Blackpool, Lancashire pada Mei lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? MUHAMMAD Daniel dan Sylvia Yeoh menyertai pertanding­an Blackpool Dance Festival 2017 yang diadakan di The Winter Gardens, Blackpool, Lancashire pada Mei lepas. Daniel merangkul pingat juara bagi kategori A1 For All Single Dances dan A1 For Multi Dances...
— Gambar Bernama MUHAMMAD Daniel dan Sylvia Yeoh menyertai pertanding­an Blackpool Dance Festival 2017 yang diadakan di The Winter Gardens, Blackpool, Lancashire pada Mei lepas. Daniel merangkul pingat juara bagi kategori A1 For All Single Dances dan A1 For Multi Dances...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia