Utusan Borneo (Sabah)

Madu kelulut berpotensi jana pendapatan lumayan

Berpotensi menjana pendapatan lumayan kepada pengusaha

-

RANAU: Menternak kelulut sebagai bidang perniagaan sampingan atau sepenuh masa berpotensi baik dalam menjana pendapatan sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Kursus Asas Penternaka­n Madu Kelulut di Balairaya Kampung Koporingan, kirakira 15 kilometer dari Pekan Ranau, anjuran Pemuda dan Biro Penyelidik­an Upko Ranau.

Menurut beliau sejak dua tahun kebelakang­an ini, penternaka­n madu kelulut di Sabah semakin digemari ramai memandangk­an ia bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan tetapi juga mudah diurus.

Katanya para penternak hanya perlu mencari sendiri atau membeli koloni kelulut dan menyediaka­n kotak khas untuk terus membiak di tempat yang sesuai tanpa memberikan makanan seperti kepada haiwan peliharaan yang lain.

“Dalam penternaka­n kelulut, kita hanya perlu menanam pelbagai jenis bungabunga­an, herba dan tumbuhan lain yang boleh mengeluark­an bunga sebagai asas makanan dan pengumpula­n madu oleh kelulut berkenaan.

“Harga pasaran bagi sekilogram madu kelulut boleh mencapai R M 400 hingga RM600, bergantung kepada kualiti madu berkenaan.

“Manakala khasiat madu kelulut pula telah disahkan mempunyai kualiti 10 kali ganda lebih baik daripada madu lebah yang lain,” katanya.

Berasaskan potensi ekonomi yang sebaik itu, Ewon menyaranka­n para peserta kursus supaya mengambil peluang memelihara sekurangku­rangnya tiga koloni kelulut bagi setiap seorang sebagai langkah permulaan.

Beliau berkata selain menjana pendapatan melalui jualan madu kelulut, para penternak juga boleh menjadikan ladang penternaka­n mereka sebagai pusat pelanconga­n yang secara tidak langsung akan menjana pendapatan lain.

Menurut pengerusi penganjur Mohd Saleh Sidang, kursus selama sehari itu telah dihadiri oleh seramai 101 orang dari sekitar daerah Ranau termasuk sembilan peserta dari Tuaran, Kota Belud dan Tamparuli.

Katanya permintaan untuk menyertai kursus tajaan Ahli Parlimen Ranau itu sebenarnya terlalu ramai tetapi disebabkan masalah tertentu para peserta telah dihadkan kepada 100 orang sahaja. Kursus fasa kedua akan menyusul kemudian.

“Dua penceramah khas yang pakar dalam bidang penternaka­n kelulut telah diundang untuk

“Harga pasaran bagi sekilogram madu kelulut boleh mencapai RM400 hingga RM600, bergantung kepada kualiti madu berkenaan. DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

mengendali­kan kursus asas yang melibatkan teori dan praktikal ini,” katanya.

Penceramah terlibat ialah Juman Osoh dari Syarikat Maju Trigona Farm, Kota Belud dan Anik Jinuis pengarah Syarikat Nikmah Trigona Farm Bukit Payong Telipok, yang kedua-duanya kini merupakan pengusaha madu kelulut berjaya di Sabah.

Hadir sama di majlis itu, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen, pegawai-pegawai kerajaan serta pemimpin setempat.

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG peserta kursus memotong kayu tempat asal kelulut (diperolehi dari hutan) untuk disesuaika­n bentuknya sebelum disimpan di ladang.
SEORANG peserta kursus memotong kayu tempat asal kelulut (diperolehi dari hutan) untuk disesuaika­n bentuknya sebelum disimpan di ladang.
 ??  ?? SALAH seorang peserta menjalanka­n praktikal menyediaka­n kotak tempat madu kelulut sambil diperhatik­an Juman (kiri) dan Saleh (dua kanan).
SALAH seorang peserta menjalanka­n praktikal menyediaka­n kotak tempat madu kelulut sambil diperhatik­an Juman (kiri) dan Saleh (dua kanan).
 ??  ?? PARA peserta kursus bergambar kenangan dengan Ewon (lima kanan), Japirin (lima kiri) dan Juman (tujuh kiri).
PARA peserta kursus bergambar kenangan dengan Ewon (lima kanan), Japirin (lima kiri) dan Juman (tujuh kiri).
 ??  ?? EWON dan isteri Datin Danna sedang mencuba menghisap madu kelulut dari kotak.
EWON dan isteri Datin Danna sedang mencuba menghisap madu kelulut dari kotak.
 ??  ?? PESERTA kursus memerhati kantung madu kelulut yang siap untuk dituai.
PESERTA kursus memerhati kantung madu kelulut yang siap untuk dituai.
 ??  ?? ANIK (bertopi) menerangka­n cara-cara pembuatan kotak madu kelulut.
ANIK (bertopi) menerangka­n cara-cara pembuatan kotak madu kelulut.
 ??  ?? JUMAN (kanan) menerima penghargaa­n daripada Ewon.
JUMAN (kanan) menerima penghargaa­n daripada Ewon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia