Utusan Borneo (Sabah)

Ketidakten­tuan dalam politik pembangkan­g hanya merugikan

Ketidakten­tuan politik pembangkan­g hanya akan merugikan: Ronald

- Oleh YUSOP TEPPO

“Ketidakten­tuan

gabungan kerajaan pembangkan­g di Selangor harus diamati secara dekat oleh penduduk luar bandar di negeri ini yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14. ”

BELURAN: Penduduk luar bandar digesa supaya tidak terikut-ikut dengan hasutan politik pembangkan­g.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata soal adakah pembangkan­g alternatif harus dilihat dari segi perjuangan dan latar belakang penubuhan parti.

Katanya isu-isu yang dibawa, kemampuan untuk menunai janji politik dan yang tidak kurang penting melihat organisasi serta gabungan politik mereka.

“Masyarakat tidak harus pergadaika­n masa depan politik mereka dengan ketidakten­tuan politik pembangkan­g. Ini akan merugikan mereka,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Kampung Keniogan pada Ahad.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata konsep gabungan politik Barisan Nasional (BN) cuba ditiru pembangkan­g tetapi ternyata mereka gagal.

Katanya ketidakten­tuan gabungan kerajaan pembangkan­g di Selangor harus diamati secara dekat oleh penduduk luar bandar di negeri ini yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau berkata di negeri ini, pembangkan­g berkata tentang kerjasama politik namun mereka belum mampu berbincang semeja pun sehingga kini.

Justeru, Ronald menyeru masyarakat di luar bandar untuk terus menyokong kerajaan yang ada.

“Kerajaan komited untuk melaksana lebih banyak kemudahan asas yang diperlukan rakyat,” katanya.

Beliau juga maklum bahawa Kampung Keniogan memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk membaiki titian, jambatan pendaratan, menaiktara­f kemudahan penjana kuasa dan juga bantuan pelbagai peralatan yang perlu.

 ??  ?? PARA penduduk serta pemimpin bergambar kenangan bersama Ronald.
PARA penduduk serta pemimpin bergambar kenangan bersama Ronald.
 ??  ?? RONALD bersalaman dengan penduduk kampung.
RONALD bersalaman dengan penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia