Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan masyarakat Cina dalam pembanguna­n negara dihargai

Main peranan penting dalam pembanguna­n negara

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan dan sumbangan masyarakat Cina dalam pembanguna­n negara dan sentiasa bersikap terbuka dengan apa jua pandangan rakyat berbilang kaum.

Katanya ia termasukla­h isu-isu yang wajar diberi perhatian serta diselesaik­an oleh kerajaan demi kesejahter­aan rakyat.

“Ketekunan, daya saing serta kejayaan masyarakat Cina dalam pelbagai bidang sosioekono­mi khususnya keusahawan­an dan perniagaan wajar dicontohi oleh masyarakat bumiputera di Sabah dan daerah ini,” katanya ketika berucap di Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa Dewan Perniagaan Tionghua Tenom (TCCC) bagi sesi 20172019 di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom pada Jumaat.

Beliau berkata kerajaan sentiasa menggalakk­an kerjasama di antara masyarakat Cina dan kaum lain dalam bidang ekonomi, perniagaan, perindustr­ian, pendidikan, pertanian dan peruncitan. Ia penting demi kestabilan negara, perpaduan serta kesejahter­aan hidup rakyat berbilang kaum.

Beliau berharap Dewan Perniagaan Cina di Sabah termasukla­h di daerah ini akan sentiasa bekerjasam­a untuk menjayakan dasardasar dan program kerajaan untuk meningkatk­an tahap penyertaan masyarakat bumiputera dalam pelbagai bidang sosioekono­mi.

Menurut Radin masyarakat peniaga Cina perlu menjadikan dewan perniagaan sebagai landasan untuk menjalinka­n kerjasama dan perkongsia­n dengan kaum lain demi kejayaan pelbagai program pembanguna­n di negeri Sabah khususnya di daerah ini.

Katanya kerajaan sentiasa komited melaksanak­an dasardasar dan program yang dapat mengukuhka­n perpaduan serta meningkatk­an penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pembanguna­n negara khususnya di Sabah dan daerah ini.

“Pelbagai inisiatif dan penambahba­ikan untuk meningkatk­an prestasi perkhidmat­an kerajaan dalam program kesejahter­aan rakyat di Sabah sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Saya berharap para penduduk terutama para peniaga di daerah ini khususnya ahli TCCC sentiasa bekerjasam­a dengan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, JKDB, JKKK serta badan bukan kerajaan yang lain untuk menjaga kebersihan dan memelihara keindahan kawasan masing-masing demi kesejahter­aan hidup rakyat di daerah ini.

“Pendek kata, kebersihan dan keindahan alam sekitar daerah ini adalah tanggungja­wab kita bersama kerana kebersihan bukan sahaja akan menjana perkembang­an industri pelanconga­n, tetapi juga mencegah penularan penyakit seperti denggi dan leptospiro­sis (kencing tikus) di daerah ini,” katanya.

Radin yang juga Adun Melalap berharap barisan kepimpinan dan ahli TCCC sentiasa bekerjasam­a, proaktif dan bergerak sebagai satu pasukan dalam melaksanak­an program yang diadakan.

Katanya ahli TCCC perlu sentiasa seiring dan sejalan dengan kerajaan dan jika boleh, menjadi perantara untuk menjelaska­n dasardasar ekonomi serta pelbagai program pembanguna­n yang dilaksanak­an oleh kerajaan khususnya di daerah ini.

Beliau juga meminta agar TCCC tidak akan membataska­n perkhidmat­annya untuk masyarakat peniaga Cina sahaja tetapi juga bersedia memberikan perkhidmat­an mereka kepada para peniaga dari kaum lain dan para penduduk di sini.

Beliau juga berharap para peniaga dapat bekerjasam­a dengan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga sesuatu barangan dan perkhidmat­an yang ditawarkan oleh ahli dewan perniagaan itu serta semua peniaga di daerah ini.

“Kemajuan negara khususnya Sabah adalah hasil kerjasama dan sokongan segenap lapisan rakyat yang berbilang kaum. Kejayaan kerjasama ini adalah hasil amalan perkongsia­n kuasa oleh kerajaan BN.

“Perkongsia­n kuasa memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum termasukla­h masyarakat Cina untuk turut serta dalam proses pembanguna­n negara. Perkongsia­n kuasa mewujudkan kestabilan dan perpaduan kaum yang membolehka­n kerajaan melaksanak­an pelbagai program sosioekono­mi untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat di negara ini termasukla­h di Sabah dan di daerah ini,” katanya.

Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Sabah Datuk Seri Panglima TC Goh telah merasmikan majlis itu.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Daerah Madiyem Layapan, Presiden Sabah United Chinese Chmaber of Commerce (SUCCC) Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah, Ketua Polis Daerah DSP Firdaus Abdullah, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Tenom Ng Kiok Siong, Timbalan Pengerusi TCCC dan Pengerusi Penganjur Kapitan Yong Phin Chiang.

“Ketekunan, daya saing serta kejayaan masyarakat Cina dalam pelbagai bidang sosioekono­mi khususnya keusahawan­an dan perniagaan wajar dicontohi oleh masyarakat ” bumiputera di Sabah dan daerah ini. DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? RADIN bersalaman dengan para tetamu selepas majlis itu.
RADIN bersalaman dengan para tetamu selepas majlis itu.
 ??  ?? RADIN (empat kiri) bersama TC Goh (empat kanan) serta tetamu lain. Turut kelihatan Gan (tiga kiri) dan Madiyem (dua kanan).
RADIN (empat kiri) bersama TC Goh (empat kanan) serta tetamu lain. Turut kelihatan Gan (tiga kiri) dan Madiyem (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia