Utusan Borneo (Sabah)

Platform eratkan silaturahi­m

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PBS

- Oleh ALFRED PETRUS

“Rumah terbuka ini adalah satu tempat untuk kita menguatkan lagi silaturahi­m dan persaudara­an antara kita semua. Walaupun ia adalah sambutan saudara Islam kita tetapi ia turut dimeriahka­n dengan penyertaan ” saudara kita yang lain. TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

KOTAK INA BALU: Rumah Terbuka Hari Raya adalah satu platform menguatkan lagi silaturahi­m dalam kalangan masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ia kerana amalan berkongsi perayaan dalam pelbagai kaum itu memperliha­tkan semangat kekitaan.

“Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Hari Raya adalah masa untuk kita bergembira bersama.

“Rumah terbuka ini adalah satu tempat untuk kita menguatkan lagi silaturahi­m dan persaudara­an antara kita semua.

“Walaupun ia adalah sambutan saudara Islam kita tetapi ia turut dimeriahka­n dengan penyertaan saudara kita yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini pada Ahad.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman serta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili.

Pada majlis berkenaan turut diraikan adalah Rumah Anak Yatim As Sakinah.

Pairin berkata perkongsia­n dalam merayakan sesuatu perayaan dapat menunjukka­n semangat 1Malaysia dalam hidup bermasyara­kat.

“Jadi, ini adalah semangat 1Malaysia serta patriostis­me yang ditunjukka­n kita kepada negara dan juga semua perayaan yang terdapat di sini,” jelasnya.

Beliau yang juga presiden PBS berharap agar semangat kekitaan dalam diri masyarakat Malaysia akan terus meningkat.

“Saya berharap sebagai warga negara Malaysia, semangat kekitaan kita ini akan terus meningkat untuk bersama-sama maju ke hadapan.

“Tidak dinafikan cabarancab­aran dunia kini semakin meningkat. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu bekerjasam­a untuk menembusi semua cabaran yang kita hadapi ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung Robinson Gampus, 54, berkata penganjura­n rumah terbuka dapat menjadi contoh keharmonia­n hidup bermasyara­kat di mana sahaja.

“Pada pandangan saya, rumah terbuka seumpama ini memang sangat bagus kerana ia melibatkan pelbagai kaum dan agama.

“Kami bersama-sama hadir bagi memeriahka­n sambutan rumah terbuka di sini tanpa mengira kaum,” katanya.

Manakala Raimin Sahat, 63, berkata rumah terbuka itu sudah menjadi tradisi PBS untuk bersama-sama pelbagai pihak merayakan sambutan Hari Raya setiap tahun.

Menurutnya sambutan rumah terbuka itu tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bagi Vitalis Marasim, 49, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PBS itu mempamerka­n satu bentuk semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat Sabah.

“Kehadiran rakyat pelbagai kaum dan agama di majlis ini dapat melambangk­an hidup dalam masyarakat yang majmuk serta menampakka­n bahawa sokongan kepada kerajaan semakin baik,” katanya.

 ??  ?? ROBINSON
ROBINSON
 ??  ?? RAIMIN
RAIMIN
 ??  ?? VITALIS
VITALIS
 ??  ?? JUHAR (tengah) mengetuai acara pemotongan kek. Turut kelihatan, Norlidah, Musa, Pairin, Maximus dan tetamu kehormat yang lain.
JUHAR (tengah) mengetuai acara pemotongan kek. Turut kelihatan, Norlidah, Musa, Pairin, Maximus dan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia