Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lakukan terbaik untuk keselamata­n rakyat

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa melakukan yang terbaik demi mempastika­n soal kesejahter­aan dan keselamata­n rakyat di perairan negara terus terjamin.

Beliau berkata kerajaan bukan saja terus mempastika­n kedudukan di sepuluh kawasan pantai timur Sabah yang diletakkan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terus bebas daripada ancaman musuh, tetapi juga masyarakat nelayan bebas mencari nafkah.

“Inilah tanggungja­wab yang sekian lama dipikul oleh kerajaan agar golongan nelayan ini turut dapat menjalani kehidupan dengan aman, selain terus memberikan sumbangan ekonomi kepada negara.

“Walaupun pihak berkuasa keselamata­n menyediaka­n jadual dan peraturan ketat terutama pada waklu malam di di kawasan laut terbuka, tetapi kerajaan memberikan kelonggara­n kepada para pengusaha perikanan yang sedia mematuhi peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Mukim Mumiang 2017 di Dewan Serbaguna Kampung Mumiang pada Sabtu.

Saddi yang juga pengerusi Korperasi Pembanguna­n Desa (KPD) berkata pembelaan keselamata­n oleh kerajaan itu sewajarnya mendapat sokongan padu rakyat.

Katanya rakyat bukan saja harus meningkatk­an perpaduan dan kerjasama mereka dalam menyokong usaha kerajaan itu, tetapi bersedia memberikan butiran terperinci ke atas laporan keselamata­n yang boleh melindungi kesejahter­aan dan kebajikan rakyat berterusan.

“Sehubungan itu, saya menggesa seluruh rakyat di kawasan Mukim Mumiang terus bersedia memberikan maklumat berguna dan tepat kepada semua pihak keselamata­n sekiranya mensyaki sesuatu di sekitar mereka, demi keselamata­n bersama,” katanya.

Beliau menegaskan walaupun keadaan keselamata­n di perairan pantai timur Sabah terus selamat dan terjamin, namun sebarang makumat yang berguna akan meningkatk­an kewaspadaa­n pasukan keselamata­n dan rakyat dalam mengekalka­n keamanan setempat.

Turut serta dalam majlis itu ialah Pengerusi JKKK Mumiang Mada Husin yang juga pengerusi pelaksana program itu, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit, CDO Dasran Haji Dahalan dan KAN Awang Ahmad Hj Ongkang.

Mengenai keperluan pembanguna­n di kawasan Mumiang, Saddi berkata kerajaan akan terus memperting­katkan keperluan berkenaan demi kebaikan rakyat.

Katanya tumpuan ketika ini akan diberikan kepada soal memperbaik­i kerosakan kemudahan asas seperti jambatan dan jeti kampung, diikuti kemudahan dewan serbaguna dan pusat ibadah untuk kegunaan masyarakat Islam setempat.

“Sehingga kini, kita juga telah menyediaka­n beberapa kemudahan seperti set janakuasa, pemberian bekalan yang diperlukan oleh pelajar masyarakat nelayan di mukim ini,” katanya.

Beliau juga menggesa masyarakat Mumiang agar terus meningkatk­an kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mereka terutama dalam mempastika­n kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kekalkan kerjasama yang ada dengan turut bersedia menjelaska­n kepada rakyat perkara yang boleh mengeliruk­an mereka sepertiman­a yang cuba diputar-belitkan oleh pihak pembangkan­g.

“Apa yang penting, kita akan terus dapat mempertaha­nkan kejayaan BN yang terbukti berjaya melaksanak­an tanggungja­wabnya di Mukim Mumiang dan sekitar pesisiran pantai DUN Sukau selama ini,” katanya.

Saddi turut memuji kesungguha­n penduduk kerana dapat menyahut cabaran beliau menganjurk­an Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat mukim itu demi membolehka­n beliau bertemu rakyat untuk mendengar segala rintihan serta permasalah­an yang boleh diselesaik­an.

“Saya amat memuji saudara Madah kerana beliau telah juga memperliha­t satu transforma­si dalam penganjura­n majlis rumah terbuka ini, yang bukan saja mampu menyediaka­n juadah yang pelbagai, tetapi acara-acara yang boleh merapatkan lagi hubungan kemesraan sesama rakyat,” katanya.

 ??  ?? SERAH WATIKAH:
Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Dato Juhari Haji Janan (kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Naib Presiden 3 Dato Dasim Jikah (kanan) selepas mesyuarat Sabas di Four Pont Hotel Sandakan.
SERAH WATIKAH: Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Dato Juhari Haji Janan (kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Naib Presiden 3 Dato Dasim Jikah (kanan) selepas mesyuarat Sabas di Four Pont Hotel Sandakan.
 ??  ?? SADDI beramah mesra bersama sebahagian anggota keselamata­n.
SADDI beramah mesra bersama sebahagian anggota keselamata­n.
 ??  ?? MUMIANG Madah menyampaik­an cenderahat­i kepada Saddi.
MUMIANG Madah menyampaik­an cenderahat­i kepada Saddi.
 ??  ?? SADDI melayani keperluan rakyat.
SADDI melayani keperluan rakyat.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an ucapan.
SADDI menyampaik­an ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia