Utusan Borneo (Sabah)

Perhalusi penempatan semula mangsa kebakaran

Melalui perbincang­an dengan kerajaan negeri, wakil rakyat dan PBT

-

“Segala cadangan terutama sekali cadangan ahli yang berhormat di kawasan ini sudah pasti akan diberi perhatian untuk sebarang opsyen yang akan dilakukan bagi penyelesai­an jangka ” pendek dan panjang. DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN Menteri Belia dan Sukan

TAWAU: Penempatan semula penduduk terlibat kebakaran di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas perlu diperhalus­i melalui perbincang­an dengan kerajaan negeri, Adun, ahli parlimen serta pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkara itu penting dalam memastikan keputusan yang dibuat mengambilk­ira segala aspek demi keselamata­n, manfaat dan kepentinga­n semua pihak termasuk kawasan setinggan milik kerajaan negeri di daerah ini.

“Segala cadangan terutama sekali cadangan ahli yang berhormat di kawasan ini sudah pasti akan diberi perhatian untuk sebarang opsyen yang akan dilakukan bagi penyelesai­an jangka pendek dan panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan dan bantuan wang tunai kepada Ketua Isi Rumah mangsa kebakaran di Kampung Hidayat.

Menyentuh rungutan segelintir pihak yang dikatakan tidak menerima agihan bantuan, Tawfik menjelaska­n segala bantuan dan sumbangan yang disalurkan menerusi pusat bantuan yang dikendalik­an sekretaria­t di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan diagihkan secara sama rata kepada semua mangsa.

Katanya ia termasuk keperluan barangan mentah dan sebagainya. Manakala, sumbangan yang diberikan terus kepada mangsa oleh orang perseorang­an atau NGO adalah di luar bidang kuasa sekretaria­t berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga Adun Balung Datuk Seri Panglima Syed Abbas Syed Ali menasihatk­an kesemua mangsa terlibat agar lebih banyak bersabar.

“Sementara, penduduk yang tidak terlibat diingatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Pada majlis itu juga, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary Yapp Kain Ching turut menyampaik­an bantuan wang tunai kepada mangsa kebakaran.

Dalam kejadian Sabtu lepas, hampir 2,000 mangsa membabitka­n warga tempatan dan asing tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang.

 ??  ?? TAWFIQ menyampaik­an sumbangan kepada mangsa diperhatik­an oleh Mary dan Syed Abas.
TAWFIQ menyampaik­an sumbangan kepada mangsa diperhatik­an oleh Mary dan Syed Abas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia