Utusan Borneo (Sabah)

Penganut SIB selesa beribadat di gereja baharu

- Oleh DELLROY

TENOM: Lebih 200 masyarakat Kristian Gereja Sidang Injil Borneo SIB di Kg Masanoi yang terletak di Kawasan DUN Kemabong kini lebih selesa menunaikan aktivti keagamaan selepas mendapat sebuah gereja baharu.

Pembinaan gereja itu siap dibina sepenuhnya dengan peruntukan sejumlah RM230 ribu daripada Kerajaan Persekutua­n dan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong, Datuk Rubin Balang berkata, untuk menyiapkan bangunan itu, kerajaan Persekutua­n di bawah Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menyalurka­n peruntukka­n sebanyak RM150,000 dan sebanyak RM80,000 lagi daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Pada masa sama, Rubin memuji sikap prihatin penduduk kampung kerana den- gan murah hati serta kesungguha­n menyumbang melalui kutipan dana semata-mata untuk membantu pembinaan gereja itu.

“Kita mohon agar bangunan gereja ini dipelihara dengan baik kerana ia adalah tempat yang suci untuk penduduk beribadat,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan baharu Gereja SIB Masanoi di Kg Masanoi.

Rubin yang juga pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ketua Bahagian Umno Tenom seterusnya mengajak rakyat agar terus memelihara keharmonia­n selain membimbing anak-anak muda untuk terus mendekati ajaran Tuhan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada negara.

Katanya meskipun Islam merupakan agama rasmi negara sepertiman­a yang dinyatakan di dalam Perlembaga­an Persekutua­n, namun agama dan kepercayaa­n lain juga bebas dikembangk­an.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Musa di atas sumbangan peruntukan yang disalurkan sehingga pembinaan Gereja SIB itu dapat disiapkan sepenuhnya.

Hadir sama, Dekan Segar Sinau dan Pastor Rev Agong Sakai merangkap Timbalan Presiden Gereja SIB Sabah.

 ??  ?? RUBIN disambut jemaah Gereja SIB Masanoi ketika ketibaanny­a dan diiringi oleh Segar.
RUBIN disambut jemaah Gereja SIB Masanoi ketika ketibaanny­a dan diiringi oleh Segar.
 ??  ?? RUBIN (kanan) menerima momento daripada Segar (kiri) selepas perasmian Gereja SIB Kg Masanoi.
RUBIN (kanan) menerima momento daripada Segar (kiri) selepas perasmian Gereja SIB Kg Masanoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia