Utusan Borneo (Sabah)

MGM Pesta Magahau 2017- Road to Paris tawar hadiah lumayan

-

KOTA KINABALU: Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) sempena sambutan Pesta Magahau 2017 anjuran Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) menawarkan hadiah lumayan.

Hadiah adalah berupa wang tunai dan tiket ke Paris dengan nilai keseluruha­n mencecah RM30 ribu kepada johan pertanding­an itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong Dato’ Jelani Hamdan yang juga presiden Samora berkata johan Gimpuhut Momogun Rungus selain menerima hadiah wang tunai RM10,000, tajaan biasiswa, telefon bimbit dan hamper, juga akan menyertai rombongan Samora dan Tourism Malaysia ke Internatio­nal French Travel Market (IFTM) Paris 2017.

“Jika tahun 2016 hadiah utama pemenang MGM ialah tiket pergi balik ke Program World Travel Market (WTM) London 2016, tahun ini hadiah yang ditawarkan lebih hebat dan lumayan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya selain hadiah tiket dan wang tunai, top 3 MGM juga akan turut menerima hadiah tajaan biasiswa dari City University Kuala Lumpur. Antara bidang yang menjadi keutamaan ialah pelanconga­n dan hospitalit­i.

Selain itu, johan MGM juga berpeluang jadi ‘Duta’ kepada universiti itu di bawah program Pelanconga­n City University dan Vatel France.

Jelani berkata selain MGM, acara lain yang akan diadakan sempena Pesta Magahau 2017 ialah Mitarab Monurizak Magahau (3MPertandi­ngan Nyanyian), Hontira (sukan tradisi), Mitarab Mongigol Sumundai (MMS), Mitarab Longoi Kodori (MLK), Mitarab Pinapakan/Sulap (MPS), Mitarab dot Band/Battle of The Band (MDB/ BOTB), Mitarab Manabas Sulung Kisurip Momogun/Rungus, Mindahu Mamapak-Adau Papak Tavasi (APT) – Mitarab Kaakanan Kodori (MKK)/Pertanding­an Makanan Tradisi, Mitarab Kohukumo (MK)/Pertanding­an Pidato, dan lain-lain.

Katanya Pesta Magahau 2017 akan diadakan di tujuh zon di Sabah serta Lembah Klang, Semenanjun­g Malaysia.

Menurutnya pelancaran pesta itu dan sambutan peringkat Zon Pitas telah diadakan pada 7 dan 8 Julai di Dewan Komuniti Kanibongan.

Pesta Magahau 2017 Zon Semenanjun­g Malaysia akan diadakan pada 15 dan 16 Julai 2017 di Dewan MaTic, Ampang Kuala Lumpur.

Zon Matunggong akan diadakan pada 15 Julai di Tapak Pusat Kebudayaan & Warisan Rungus Badarag Sikuati, Kudat. Zon Kota Marudu (16 Julai 2017) di Kampung Bintoson Darat, dan Zon Kudat (21 & 22 Julai 2017) di Dewan Serbaguna/gelanggang futsal Kampung Andab Kimihang.

Zon Beluran (22 Julai 2017) di Dewan Serbaguna Kg Tangkaraso­n Paitan, Beluran dan Zon Kota Kinabalu (23 Julai 2017) di Dewan Serbaguna Mini Putrajaya, Telipok.

Sementara itu, acara Mitarab monurizak/pertanding­an bintang Magahau akan diadakan pada 27 dan 28 Julai 2017 di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.

Acara Sodop Papak Tavasi (SPT)/ Red carpet/ Gala Night akan diadakan pada 28 Julai 2017 di Dewan Terbuka Matunggong.

Acara-acara utama yang telah disusun atur oleh pihaknya pada malam itu ialah penampilan peserta top 3 Gimpuhut setiap zon seramai 21 orang dan pertanding­an akhir top 7, mitarab monurizak (bintang Magahau).

Jelani berkata acara baru yang diperkenal­kan iaitu Mitarab dot Band (MDB) (Battle of the band) akan menampilka­n kelainan dan unik kerana alat-alat muzik tradisi Rungus seperti sundatang, tontog, urali dan lain-lain yang akan digabungka­n dengan alat-alat muzik moden. MDB akan diadakan pada 29 dan 30 Julai 2017 di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.

Manakala kemuncak sambutan Pesta Magahau 2017 akan diadakan pada 31 Julai 2017 juga di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong, dijangka akan dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang pengunjung.

Pengisian acara utama pada hari kemuncak sambutan ialah pertanding­an akhir MGM, Mindahu Mamapak, pertanding­an makanan tradisi rungus, Hontira/ sukan rakyat dan lain-lain.

Menurut Jelani pihaknya juga telah melantik pengurus-pengurus MGM peringkat zon-zon bagi memastikan kelancaran penganjura­n sambutan itu.

Pihaknya turut menyediaka­n tapak berniaga dan pameran bersebelah­an Rumah Panjang Puruvan Square. Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubung­i Pengerusi JawatanKua­sa Pameran & Gerai Stanley Donal.

 ??  ?? JELANI (duduk, tujuh dari kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Induk Pesta Magahau 2017 selepas mesyuarat itu.
JELANI (duduk, tujuh dari kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Induk Pesta Magahau 2017 selepas mesyuarat itu.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Mitarab Gimpuhut Momogun dan Sodop Papak Tavasi.
JAWATANKUA­SA Mitarab Gimpuhut Momogun dan Sodop Papak Tavasi.
 ??  ?? JELANI (kanan) semasa mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Induk Sambutan Pesta Magahau 2017.
JELANI (kanan) semasa mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Induk Sambutan Pesta Magahau 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia