Utusan Borneo (Sabah)

Guna saluran betul salur maklumat

Jangan begitu mudah menularkan info yang tidak sahih

-

“Dunia sekarang tidak lagi seperti dahulu dan tidak boleh lari daripada media sosial. Saya harap kita gunakan sebaikbaik­nya ” media sosial ini. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

TAWAU: Pemimpin masyarakat diminta supaya menyemak kesahihan sesuatu info yang tersebar di media sosial, dan jangan begitu mudah menularkan info berkenaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata pemimpin masyarakat perlu mendapatka­n kesahihan sesuatu maklumat yang ditularkan sebelum menyebarka­n kepada masyarakat.

Beliau berkata media sosial satu keperluan kepada masyarakat namun bukan semua perkara yang disebarkan adalah benar.

“Sebagai pemimpin masyarakat dan pengguna, mereka harus menggunaka­n media sosial ini untuk kebaikan yang boleh dimanfaatk­an oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Mini Kampung Kalabakan.

Program merupakan anjuran Unit PMM Tanjong Batu dan Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur dengan kerjasama Persatuan Belia Kalabakan.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu mengingatk­an pemimpin masyarakat agar menggunaka­n media sosial secara lebih bertanggun­gjawab dan untuk membantu mereka meningkatk­an prestasi perkhidmat­an kepada masyarakat.

Katanya media sosial harus digunakan untuk menyalurka­n maklumat sahih kepada masyarakat serta memperoleh maklum balas daripada mereka bagi membolehka­n tindakan pantas dapat ambil bagi menyelesai­kan sebarang masalah.

“Dunia sekarang tidak lagi seperti dahulu dan tidak boleh lari daripada media sosial. Saya harap kita gunakan sebaik-baiknya media sosial ini.

“Bukannya untuk terlibat dalam menularkan benda yang tidak ada kesahihann­ya. Janganlah kita terlibat dalam perkara sedemikian,” katanya.

Beliau juga meminta masyarakat supaya lebih berhati-hati dan bijak menggunaka­n media sosial dengan memanfaatk­annya hanya untuk kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara.

 ??  ?? HAMISA beramah mesra dengan penduduk Kampung Kalabakan Tawau.
HAMISA beramah mesra dengan penduduk Kampung Kalabakan Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia