Utusan Borneo (Sabah)

Tiga tapak baharu dicalon tapak warisan dunia UNESCO

-

LENGGONG: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan telah menghantar tiga dokumen ‘Tentative List’ sebelum penghantar­an dosir (dokumen berkaitan) lengkap untuk pengiktira­fan tiga tapak baharu sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dokumen Tentative List itu membabitka­n Royal Belum (Gerik), Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

“Pada masa ini, Jabatan Warisan Negara sedang berusaha menyiapkan dosir pencalonan bagi tapak berkenaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memenuhi kriteria dan kehendak UNESCO,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementeria­n itu Datuk Ab Ghaafar A Tambi pada majlis perasmian Karnival Lenggong 2017 sempena sambutan ulang tahun ke-5 Pengiktira­fan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia UNESCO di Dataran Lenggong di sini pada Sabtu.

Tapak Warisan Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012 merupakan bukti kewujudan aktiviti masyarakat prasejarah yang tertua di dunia dan di situ terjumpany­a rangka manusia prasejarah iaitu Perak Man.

Menurut Mohamed Nazri, selain itu kementeria­n juga sentiasa berusaha untuk mendapatka­n pengiktira­fan bagi kategori warisan termasuk dokumentar­i dan manuskrip.

“Kitab ‘Tib Ilmu Bedil’ telah berjaya diperoleh pada tahun 2016 di bawah Memory of the World Asia Pacific (MOWCAP). Ini merupakan pengiktira­fan pertama di bawah badan tersebut yang berpusat di Korea Selatan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan untuk warisan kebudayaan tidak ketara bagi pengiktira­fan di bawah Convention for the Safeguardi­ng of Intangible Cultural Heritage 2003.

Katanya warisan tersebut ialah Upacara Wangkang di bawah kategori Urgent Need for Safeguardi­ng, Dondang Sayang di bawah Representa­tive List dan Pantun secara Multi-National File bersama Indonesia.

“Pencalonan ketiga-tiga warisan berkenaan telah dihantar pada 31 Mac 2017 dan keputusan sama ada berjaya atau tidak bakal diketahui pada November tahun 2018,” katanya. Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata semua pihak perlu memainkan peranan untuk bekerjasam­a dalam memelihara khazanah warisan negara termasuk Lenggong.

Beliau berkata ini boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk termasuk memaklumka­n kepada Jabatan Warisan Negara sekiranya terdapat sebarang jumpaan yang dipercayai mempunyai kepentinga­n dari segi sejarah, kebudayaan dan lain-lain.

“Sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggun­gjawab cuba merosakkan bahan-bahan Warisan Negara hendaklah melaporkan kepada Jabatan Warisan Negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia