Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk khuatir ancaman anjing liar

-

ALOR SETAR: Kehadiran lebih 100 ekor anjing liar di kawasan perumahan Taman Low Ju Huat dan Taman Jaya Kami berhampira­n Pasar Cowboy di sini nyata meresahkan penduduk di kedua-dua penempatan itu.

Menurut seorang penduduk Taman Low Ju Huat, Mahadzir Hashim, 60, jumlah anjing liar di kawasan tersebut semakin bertambah sejak awal tahun ini dan lebih buruk, menjadikan laman rumah mereka sebagai tempat tidur dan berkumpul.

“Antara faktor utama anjing semakin banyak adalah kerana ada orang yang tidak bertanggun­gjawab membuang anjing mereka di kawasan bangunan terbiar berhadapan dengan pasar.

“Lebih memburukka­n keadaan, terdapat mereka yang suka datang memberi makanan kepada haiwan itu yang menyebabka­n anjinganji­ng suka berkumpul di kawasan ini,” katanya yang menetap di situ lebih 20 tahun lalu.

Tambah Mahadzir, kehadiran anjing liar itu bukan saja mengancam keselamata­n penduduk terutama kanak-kanak dan orang tua tetapi ia menimbulka­n bau busuk akibat tong sampah yang diselongka­r dan najis yang ditinggalk­an anjing tersebut di laman rumah mereka.

“Bukan itu saja, bunyi salakan yang tidak tentu masa terutama waktu malam membuatkan keadaan di sini tidak am andan menyukarka­n anak-anak yang masih bersekolah mengulangk­aji pelajaran,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Aizam Ahmad, 45 berkata, anak-anaknya juga kerap dikejar oleh anjing liar tersebut dan keadaan itu membuatkan mereka agak takut untuk keluar bermain di luar rumah.

“Kalau berbasikal atau menunggang motosikal, lagi suka anjing itu kejar. Belum lagi yang berbelas ekor tidur di laman rumah ni setiap malam. Kadangkala terpaksa gunakan mercun untuk menghalau dan menakutkan haiwan itu,” katanya.

Jelas Aizam, dia sangat mengharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.

“Bukan kita tak suka anjing tetapi bila dah terlalu banyak dan liar, ia akan mengancam keselamata­n kami terutama kanakkanak. Bukan itu saja, kesihatan penduduk juga mungkin akan terancam dengan masalah kebersihan yang ditimbulka­n anjinganji­ng itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia