Utusan Borneo (Sabah)

Tidak boleh bertanding PRU

Jika tidak patuhi arahan ROS, kata Ahmad Zahid

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP tidak boleh meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Ini kerana kata beliau, berdasarka­n Akta Pertubuhan 1966, watikah calon pilihan raya sesebuah parti politik perlu ditandatan­gani pegawai atau yang telah diberikan mandat oleh parti.

“Jika barisan kepimpinan parti itu yang mahu menghantar calon merupakan jawatankua­sa atau (barisan) kepimpinan yang tidak diiktiraf RoS, maka watikah tidak boleh dikeluarka­n mahupun diterima.

“Maka akibatnya, caloncalon daripada parti berkenaan tidak boleh bertanding,” kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Gombak, di sini pada Ahad.

Baru-baru ini Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata pelantikan 20 anggota Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 Sept 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Sehubungan itu RoS mengeluark­an arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC untuk memilih 20 anggota yang sah, berpanduka­n Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembaga­an Parti DAP.

Pemilihan semula DAP pada September 2013 itu menimbulka­n kontrovers­i selepas ia dikatakan tidak didasarkan kepada senarai nama perwakilan berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mohammad Razin dilaporkan berkata RoS berpendiri­an pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula itu tidak sah berdasarka­n aduan-aduan yang dibuat anggota DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincanga­n dalam proses pemilihan semula CEC pada 29 Sept 2013.

“Jika barisan kepimpinan parti itu yang mahu menghantar calon merupakan jawatankua­sa atau (barisan) kepimpinan yang tidak diiktiraf RoS, maka watikah tidak boleh ” dikeluarka­n mahupun diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia