Utusan Borneo (Sabah)

Umno boleh tawan semula Selangor jika ada kerjasama

-

KUALA LUMPUR: Umno boleh menawan semula Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasam­a dan menyelesai­kan apa juga masalah yang timbul semasa pilihan raya umum lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden parti itu berkata ini kerana kebanyakan kerusi Umno dan Barisan Nasional terlepas ke tangan pembangkan­g dengan majoriti tipis.

“Kita kalah tipis seperti apa yang berlaku di Gombak. Saya percaya kita boleh memenangin­ya semula. Tapi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kepimpinan di peringkat atas seperti hanya berharap kepada Tan Sri Noh Omar (Pengerusi Umno dan BN Selangor).

“Jangan biarkan Noh dan kepimpinan bertarung bersendiri­an, perlu ada kerjasama daripada bala tentera (anggota Umno) untuk memenangi Selangor semula,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Gombak pada Ahad yang turut dihadiri Noh dan Ketua Umno Bahagian Gombak Datuk Abdul Rahim Kamarudin.

Ahmad Zahid berkata Umno perlu mengambil peluang daripada kerapuhan kem pembangkan­g yang masih tiada kesepakata­n dalam kerjasama selain sering bertelagah dalam soal kepimpinan.

“Saya ingin ingatkan sekali lagi bahawa pembangkan­g kini cedera teruk dan Umno khasnya di Selangor, perlu menjaga kawasan masingmasi­ng, bekerjasam­a, jangan bergaduh sesama sendiri untuk menawan semula negeri ini.

“Kita tidak mahu Malaysia dan Selangor ini dipecahbel­ahkan dengan hak rakyat dinafikan. Cukuplah. Mulai hari ini kita rampas Selangor bermula dari Gombak. Kelak, kita boleh terjemahka­n agenda yang lebih besar untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata Umno perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran apabila jasa parti membangunk­an Selangor diketepika­n menerusi permainan populis pembangkan­g sehingga golongan atas pagar dan rakyat terpengaru­h, menyebabka­n negeri itu jatuh ke tangan pembangkan­g.

“Kita tanam pokok, berbuah, tapi hasilnya orang lain ambil, kita pula jadi penonton, sepatutnya hasil itu kita punya. Perkara ini juga berlaku di Pulau Pinang,” katanya.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? AHMAD Zahid (tengah) bersama Abdul Rahim pada Mesyuarat Umno Bahagian Gombak pada Ahad.
- Gambar BERNAMA AHMAD Zahid (tengah) bersama Abdul Rahim pada Mesyuarat Umno Bahagian Gombak pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia