Utusan Borneo (Sabah)

Adakan pemilihan semula, buktikan tidak sembunyi sesuatu

-

KUALA LUMPUR: DAP perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusatnya (CEC) seperti yang diputuskan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) bagi membuktika­n mereka tidak menyembuny­ikan sesuatu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Katanya DAP yang mendakwa memperjuan­gkan prinsip demokrasi seharusnya tidak menutup suara akar umbi parti tersebut yang mahukan pemilihan semula CEC.

“Kalau betul tidak ada sesuatu yang tidak kena mengapa mereka takut sangat nak adakan pemilihan semula. Jika mereka tidak ada sembunyika­n apa-apa, lakukan (pemilihan) segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak Persidanga­n Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Cheras di sini, pada Ahad.

Hishammudd­in berkata DAP juga tidak sepatutnya menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai punca masalah mereka.

“Ini masalah dalaman mereka, perkara ini telah dibawa oleh anggota-anggota DAP sendiri dan dibangkitk­an dari dulu lagi tetapi pucuk pemimpin mereka berdiam diri,” katanya.

Sabtu lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP akan mengadakan mesyuarat dengan RoS berhubung arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula CEC selepas menerima surat rasmi daripada jabatan tersebut.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata soal pemilihan semula CEC tidak timbul kerana DAP telah mengadakan pemilihan semula CEC pada September 2013 dan keputusan pemilihan telah dikemukaka­n kepada RoS pada November 2013.

Pada Jumaat lalu, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata pendaftara­n DAP tidak akan dibatalkan namun parti itu perlu mengadakan pemilihan semula bagi 20 anggota CEC susulan aduan oleh beberapa anggota parti yang mendakwa berlaku manipulasi dalam pemilihan semula pada September 2013.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiann­ya Hishammudd­in berkata anggota Umno perlu meletakkan kepentinga­n parti terlebih dahulu sebelum menyanjung seseorang individu atau bekas pemimpin parti yang telah meninggalk­an parti.

Ini kerana katanya ada dalam kalangan mereka yang tersasar jauh daripada matlamat asal Umno iaitu memperjuan­gkan nasib dan perpaduan orang Melayu.

“Kita baru sahaja menyambut sambutan ulang tahun Umno ke-71, kita tidak akan mampu bertahan sehingga hari ini sekiranya kita terlalu ‘personalit­y-centric’ (bertumpu kepada individu), matlamat besar kita adalah kebaikan bangsa melayu dan bukannya terhadap individu,” katanya.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? HISHAMMUDD­IN (empat, kiri) dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah (dua, kanan) mengetuk gendang sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras 2017 pada Ahad.
- Gambar BERNAMA HISHAMMUDD­IN (empat, kiri) dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah (dua, kanan) mengetuk gendang sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras 2017 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia