Utusan Borneo (Sabah)

Enggan patuhi arahan cerminkan DAP tidak junjung ketelusan

-

TELUK INTAN: Keengganan DAP mematuhi arahan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) agar diadakan pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusatnya (CEC) menunjukka­n parti itu tidak menjunjung prinsip ketelusan, kata Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata perbuatan mereka juga menunjukka­n DAP sebuah parti yang bongkak dan enggan mengakui kesalahan sendiri.

“DAP patutnya patuhlah undang-undang (arahan RoS) untuk pemilihan semula, tidak ada istilah merasakan diri mereka itu special (istimewa). Begitu juga dengan manamana parti politik lain juga,” katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri bersama kira-kira 2,000 penerima bantuan kebajikan kawasan Teluk Intan, di sini pada Ahad.

Mah turut tidak menolak kemungkina­n DAP akan menggunaka­n peluang ini untuk menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional sebagai bertanggun­gjawab terhadap masalah mereka.

“DAP ingkar undangunda­ng tapi orang merekalah yang kuat complaint (merungut) dan tidak puas hati. Tengoklah diri sendiri dahulu,” kata Anggota Parlimen Teluk Intan itu.

Semalam, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng mempertika­ikan arahan RoS apabila bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu atas alasan parti itu telah berbuat demikian pada 29 Sept 2013.

Lim membuat kenyataan itu susulan laporan yang memetik Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah sebagai berkata bahawa jabatan tersebut akan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CECnya selepas mendapati pemilihan semula pada 29 Sept 2013 tersebut tidak sah, berdasarka­n aduan daripada anggota parti itu sendiri.

Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarka­n kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.

Dalam pada itu Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi berkata Pusat Khidmat Parlimen Teluk Intan dengan kerjasama Kementeria­n Kewangan akan membawa Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak ke Majlis Rumah Terbuka Daerah Hilir Perak, bertempat di Menara Condong Teluk Intan pada Ahad depan.

Program bermula dari 9 pagi hingga 3 petang dan disertai sebanyak 18 agensi kerajaan termasuk doktor pakar dari Institut Jantung Negara akan dibawa bagi memberikan pemeriksaa­n kesihatan secara percuma kepada orang ramai. Di TEMERLOH, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata DAP perlu mematuhi arahan ROS supaya mengadakan pemilihan semula CEC dan perlu berjumpa dengan agensi berkenaan untuk berbincang menyelesai­kan masalah itu.

“Isu sekarang ialah ROS telah mengeluark­an surat mengatakan bahawa parti DAP perlu membuat mesyarat semula. Semalam saya tengok ada kenyataan akhbar daripada DAP bahawa mereka sudah buat pada 2013, kini berlaku pertikaian antara mereka dan ROS.

“Jadi biarlah mereka jumpa ROS, sekurang-kurangnya mereka mesti tahu kenapa mesyuarat mereka tidak diiktiraf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Temerloh di Dewan Sri Mentakab di sini pada Ahad.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MAH merangkap Anggota Parlimen Teluk Intan menyampaik­an sumbangan kepada penerima bantuan kebajikan Teluk Intan pada Majlis Mesra Aidilfitri di Arena Square pada Ahad.
- Gambar BERNAMA MAH merangkap Anggota Parlimen Teluk Intan menyampaik­an sumbangan kepada penerima bantuan kebajikan Teluk Intan pada Majlis Mesra Aidilfitri di Arena Square pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia