Utusan Borneo (Sabah)

Prihatin terhadap golongan istimewa

Ribuan kunjungi Bazar Amal Persatuan bagi Orang-Orang Pekak Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

B

AZAR amal Persatuan bagi Orang-Orang Pekak Sabah dikunjungi ribuan pengunjung yang membuktika­n bahawa masyarakat di sini masih mempunyai kesedaran yang tinggi serta prihatin terhadap golongan istimewa.

Seawal jam 8 pagi Ahad, orang ramai sudah mula membanjiri bazar yang diadakan di perkaranga­n pusat pendidikan persatuan itu.

Bazar amal yang tamat pada jam 3 petang itu turut disertai sebanyak 50 gerai yang terdiri daripada gerai makanan, minuman, pakaian terpakai, buku, barangan hiasan serta sayursayur­an dan sebagainya.

Aktiviti bazar adalah biasa bagi orang ramai dan menjadi rutin harian kepada sebilangan individu, namun perkara yang membezakan adalah terdapat gerai yang diusahakan sendiri oleh orang pekak dan hanya bahasa isyarat digunakan ketika berurus niaga.

Presiden Persatuan bagi Orang-Orang Pekak Sabah Francis Yong berkata, sekiranya golongan itu mendapat latihan yang sewajarnya, mereka mampu hidup berdikari seperti insan yang biasa.

“Bazar yang diadakan kali ini diharapkan mampu mengumpul dana untuk menampung kos pembinaan sebuah dewan serbaguna bagi persatuan ini.

“Dewan ini penting kerana, pelbagai aktiviti boleh dilakukan selain menjadi pusat latihan kepada para pelajar pekak di sekitar bandaraya ini bagi mengembang­kan kemahiran yang ada pada diri mereka,” katanya ketika ditemui pada bazar amal itu pada pagi Ahad.

Beliau juga yakin bazar yang diadakan kali ini mampu mencapai sasaran yang diinginkan iaitu RM100,000 memandangk­an sokongan dan sambutan daripada orang ramai adalah sangat menggalakk­an.

Menurutnya, kos pembinaan dewan serbaguna itu dianggarka­n sekitar RM2.5 juta tetapi tidak mustahil harga itu meningkat lebih tinggi memandangk­an bahan binaan yang semakin mahal.

“Acara ini diadakan secara tahunan dan sokongan yang diberikan oleh orang awam semakin meningkat. Kesedaran serta keprihatin­an masyarakat terhadap golongan istimewa, khususnya pekak, semakin tinggi.

“Saya berharap sokongan sedemikian dapat diteruskan di masa hadapan. Kini persatuan ini juga mempunyai 20 murid, namun kita turut membantu mereka yang sudah berada di sekolah menengah,” katanya.

Francis berkata persatuan itu kini turut menumpukan pada latihan bakeri untuk para pelajarnya agar mampu meningkatk­an kemahiran mereka dalam bidang itu.

Persatuan itu juga katanya, ingin menjemput para lepasan institusi pengajian di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu mengambil jurusan bakeri untuk menjalanka­n latihan industri di pusat itu.

“Perkara ini akan dilaksanak­an dalam masa terdekat memandangk­an terdapat beberapa proses lagi perlu diselesaik­an.

“Kini, kita mempunyai lima cawangan persatuan ini di Sabah termasukla­h Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau, Lahad Datu, Kudat dan satu pusat didikan di Tenom,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung, Erde Jinnus iaitu seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SPKP) Kota Kinabalu (P) Tuaran berkata usaha yang dilakukan oleh persatuan itu sangat baik kerana ia bukan sahaja membantu persatuan itu sendiri tetapi juga para pelajarnya.

“Hari ini, saya dan dua lagi guru membawa 20 pelajar istimewa datang ke sini untuk berjalan-jalan selain membawa mereka membeli makanan di bazar ini.

“Ini adalah satu aktiviti amal yang harus dilakukan secara kerap untuk mendapatka­n dana bagi membantu golongan istimewa,” katanya.

Menurutnya menderma adalah satu amalan mulia dan harus diamalkan oleh setiap individu dalam masyarakat.

Katanya kehadiran yang ramai pada bazar itu menunjukka­n sokongan positif diberikan oleh masyarakat prihatin.

“Kini saya lihat kesedaran dalam kalangan masyarakat kita terhadap nasib golongan istimewa semakin meningkat, ini adalah satu perkembang­an yang sangat baik,” katanya.

Persatuan bagi OrangOrang Pekak Sabah ditubuhkan dibawah naungan Kelab Rotary Kota Kinabalu pada Januari 1975.

Sejak penubuhann­ya, pelbagai aktiviti yang selaras dengan objektif persatuan telah dilaksanak­an, antara matlamatny­a adalah

meningkatk­an pendidikan, peluang pekerjaan, mengurangk­an risiko pekak dan penjagaan kebajikan orang pekak.

Acara ini diadakan secara tahunan dan sokongan yang diberikan oleh orang awam semakin meningkat. Kesedaran serta keprihatin­an masyarakat terhadap golongan istimewa, khususnya pekak, ” semakin tinggi. FRANCIS YONG Presiden Persatuan bagi Orang-Orang Pekak Sabah

 ??  ?? ANTARA fasiliti yang dimiliki persatuan itu.
ANTARA fasiliti yang dimiliki persatuan itu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BAZAR amal berkenaan mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada orang ramai.
BAZAR amal berkenaan mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada orang ramai.
 ??  ?? ERDE (kiri) bersama para pelajarnya mengunjung­i gerai-gerai di bazar itu.
ERDE (kiri) bersama para pelajarnya mengunjung­i gerai-gerai di bazar itu.
 ??  ?? (Gambar atas dan bawah) ANTARA pengusaha yang menjayakan bazar itu.
(Gambar atas dan bawah) ANTARA pengusaha yang menjayakan bazar itu.
 ??  ?? ANTARA makananyan­g dijual di bazar itu.
ANTARA makananyan­g dijual di bazar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia