Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka lambang keharmonia­n

Lebih 1,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Rahmat Cafe dan Katering

- Oleh JOHAN AZIZ

MAJLIS Rumah Terbuka Hari Raya oleh Rahmat Cafe dan Katering yang terletak di Jalan Masak, Keningau, pada Sabtu melambangk­an perpaduan dan keharmonia­n dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Ia dihadiri lebih 1,000 orang terdiri ahli keluarga, saudara mara rakan-rakan dan pelanggan restoran berkenaan yang berbilang kaum dan agama dari Keningau, Nabawan, Tambunan, Tenom dan Kota Kinabalu.

Antara yang hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Annuar Ayub, Naib Ketua Umno Bahagian Keningau Amir Haji Jani, Naib Ketua MCA Keningau Leonard Teo, Ketua Wanita Umno Keningau Hajah Amelia Ajun dan Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi.

Turut hadir, Pengarah IDS Datuk Hasnol Ayub, Ketua Puteri Umno Keningau Hajah Salbiah Suhaideh dan Pengerusi Tetap Umno Keningau Rimin Haji Saman.

Pemilik restoran berkenaan, Haji Rahmat Haji Saman ketika ditemui melahirkan rasa gembira kerana Hari Raya turut dirasai suasananya oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya ia termasukla­h ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang datang dari jauh untuk bersama-sama memeriahka­n perayaan itu.

“Saya percaya majlis rumah terbuka Hari Raya turut menyumbang kepada keutuhan perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat di negeri ini termasuk kawasan pedalaman dan Keningau.

“Melalui semangat kekitaan dan juga setiakawan, sudah tentu ia memberi impak kepada keamanan dan keharmonia­n negara dan negeri ini yang terus berkekalan,” katanya.

Rahmat berkata keunikan dan keindahan perpaduan rakyat negara ini, khususnya di negeri ini, melonjakka­n nama Malaysia di persada dunia.

Katanya semangat 1Malaysia yang begitu subur dan segar dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini mengekalka­n keamanan serta mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n yang sedia ada.

Beliau yakin melalui majlis rumah terbuka juga dapat meningkatk­an hubungan silaturahi­m dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latarbelak­ang budaya.

“Saya juga berharap agar perpaduan dan muhibah yang wujud hari ini terus menjadi wadah kepada generasi akan datang,” katanya.

“Saya percaya majlis rumah terbuka Hari Raya turut menyumbang kepada keutuhan perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat di negeri ini termasuk kawasan pedalaman ” dan Keningau. HAJI RAHMAT HAJI SAMAN Pemilik restoran

 ??  ?? SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri majlis itu.
SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? (Gambar bawah) HASNOL (duduk, kiri) menghadiri majlis itu bersama tetamu lain.
(Gambar bawah) HASNOL (duduk, kiri) menghadiri majlis itu bersama tetamu lain.
 ??  ?? (Gambar atas) RAHMAT (berdiri) bersama tetamunya yang sedang menjamu selera. Dari kanan: Annuar, Amir dan Leonard.
(Gambar atas) RAHMAT (berdiri) bersama tetamunya yang sedang menjamu selera. Dari kanan: Annuar, Amir dan Leonard.
 ??  ?? (Gambar atas) RAHMAT (duduk, kiri) dan isteri bergambar tetamu majlis. Berdiri dari kiri: Amir, Rosdi Padiman, Salbiah dan Aryanie Arimin.
(Gambar atas) RAHMAT (duduk, kiri) dan isteri bergambar tetamu majlis. Berdiri dari kiri: Amir, Rosdi Padiman, Salbiah dan Aryanie Arimin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia