Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jadi duri dalam daging

Peringatan kepada Puteri Umno hadapi tohmahan pembangkan­g

-

PEMIMPIN dan ahli pergerakan Puteri Umno diingatkan agar tidak menjadi duri dalam daging yang merosakkan perpaduan dan kekuatan parti Umno.

Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia Julie Sabran berkata pemimpin dan ahli Puteri Umno tidak perlu terikut-ikut dengan pihak pembangkan­g yang membangkit­kan pelbagai tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin Umno bagi menimbulka­n prasangka ahli Umno.

“Mereka (pembangkan­g) ini cuba merosakkan perpaduan dan kekuatan parti Umno. Jangan kita terikut-ikut sehingga tergelinci­r dari landasan perjuangan yang sebenar,” katanya.

Beliau menggesa ahli dan pemimpin Puteri Umno digesa supaya mengutamak­an perpaduan parti dalam menghadapi apa juga tohmahan pihak pembangkan­g.

“Paling menyedihka­n, ada ahli Umno hari ini keluar parti secara diamdiam dan beralih kepada parti pembangkan­g serta sanggup mengkhiana­ti perjuangan parti demi kepentinga­n diri,” katanya.

Julie menegaskan jangan jadi duri dalam daging sehingga sanggup membiarkan parti berpecah dan lemah.

“Tidak boleh kita nafikan bahawa selama ini Umno berhasil dalam usahanya berjuang memaju dan memakmurka­n rakyat serta negara sehingga setanding dengan negara-negara maju,” katanya.

Julie berkata Puteri Umno harus menghargai pencapaian negara dan jangan terlalu mudah dipengaruh­i oleh mereka yang berniat jahat yang bertujuan memecahbel­ahkan perpaduan parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Beluran yang dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib di Four Point Sheraton Hotel Sandakan pada Jumaat.

Pada masa yang sama, Julie yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Beluran menyentuh isuisu di peringkat nasional yang sering dimainkn oleh pembangkan­g walaupun isu-isu ini tidak terkesan kepada rakyat di Sabah khususnya di Beluran tetapi beliau kongsikan sedikit dan war-warkan bagi menangis tohmahan pembangkan­g.

Beliau berkata, kerajaan telah menghapusk­an subsidi pukal yang menguntung­kan golongan berada iaitu golongan kaya. Contohnya subsidi gula, rakyat biasa dulu dapat subsidi 34 sen sahaja sekilo, anggaran satu isi keluarga hanya menggunaka­n 2 hingga 4 kg sebulan. Tapi yang guna beribu kilogram gula setiap hari ialah kilang-kilang.

“Sama juga dengan subsidi petrol, kajian Kementeria­n Kewangan mendapati 70 peratus subsidi bahan bakar petrol dan diesel dinikmati oleh mereka yang berada kerana lagi besar kereta mereka, lagi kuat guna minyak, lagi banyaklah subsidi yang mereka dapat dari kerajaan.

“Sebab itulah kerajaan menarik balik subsidi pukal seperti ini dan pulangkan kembali kepada mereka yang betul-betul memerlukan melalui subsidi yang lebih mensasar seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Persekolah­an 1Malaysia, Kad Siswa 1Malaysia dan Subsidi Mendaratka­n Ikan Kepada Nelayan.

“Selain itu, Subsidi Musim Tengkujuh kepada Penoreh yang tidak dapat keluar menoreh, subsidi tanam semula sawit kepada pekebun kecil dan banyak lagi subsidi lain diberikan oleh ketajaan setiap kali belanjawaa­n yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Mengenai isu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta fitnah pembangkan­g berhubung isu berkenaan, Julie menegaskan ia adalah satu fitnah yang tidak berasas.

“Sehingga kini, modal yang kerajaan beri untuk 1MDB bagi memulakan perniagaan hanyalah RM1 juta dan ‘standby credit’ sebanyak RM950 juta yang sudah pun 1MDB bayar balik selepas kejayaan proses Rasionalis­asi 1MDB.

“Jadi, bila pula duit GST digunakan untuk bayar hutang 1MDB? Apa yang pasti, Alhamdulil­lah nasib baik kita ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil keputusan dengan meneruskan pelaksanaa­n GST, walaupun dikecam oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Bayangkan apa akan jadi kepada negara bila kita hilang 35.9 billion hasil minyak 2016 berbanding tahun 2014. GST inilah yang telah menyelamat­kan kita ketika itu. Pendapatan SST tahun 2014 cuma RM14 billion lebih. Tapi selepas pelaksanaa­n GST, kita berjaya mengutip RM42 billion pada tahun lalu,” katanya.

Julie berkata kerajaan BN masih parti yang relevan bagi menjaga ekonomi negara dan kepentinga­n rakyat dengan tidak perlu memotong gaji kakitangan awam tetapi sebaliknya menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak dua anak tangga pada tahun 2016.

Dalam pada itu, beliau berkata baru-baru ini Wanita Umno bersama Puteri Umno Malaysia sepakat agar Presiden Umno mempertimb­angkan agar wanita dan wanita muda diberi 30 peratus kouta bagi mewakili calon pada PRU ke-14.

Katanya wanita juga berhak dan sangat komited untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jasa dan martabat wanita harus diangkat dan diberi peluang.

“Saya yakin dengan kebijaksan­aan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan mempertimb­angkannya. Dan saya juga amat yakin di Beluran ini dengan adanya Datuk James selaku pengerusi BN Beluran, Puteri akan bersama-sama memastikan kemenangan BN pada PRU ke-14.

“InsyaAllah Puteri Beluran akan terus menyokong dan bersamasam­a kepimpinan Datuk James Ratib selaku Ketua Umno Bahagian beluran merangkap penyelaras BN Beluran demi kemenangan BN pada PRU ke-14 yang akan diadakan pada bilabila masa sahaja,” katanya.

Turut hadir pada persidanga­n itu, Naib Ketua Umno Bahagian Beluran Arifin Pacu, Ketua Puteri Umno Bahagian Kinabatang­an yang juga wakil Puteri Umno Negeri Dayang Norhayati Titing, Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sandakan Munirawaty Undang, dan Penolong Pengarah Jasa Parlimen Beluran Rosninah @ Rozidah Segara.

“Mereka (pembangkan­g) ini cuba merosakkan perpaduan dan kekuatan parti Umno. Jangan kita terikut-ikut sehingga tergelinci­r ” dari landasan perjuangan yang sebenar. JULIE SABRAN Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia

 ??  ?? JULIE bersama James serta para pemimpin Umno majlis perasmian itu.
JULIE bersama James serta para pemimpin Umno majlis perasmian itu.
 ??  ?? JULIE bersama James serta tetamu menjamu selera selepas perasmian.
JULIE bersama James serta tetamu menjamu selera selepas perasmian.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Puteri Umno Beluran diketuai Julie bergambar bersama James dan tetamu kehormat.
JAWATANKUA­SA Puteri Umno Beluran diketuai Julie bergambar bersama James dan tetamu kehormat.
 ??  ?? SEBAHAGIAN Puteri Umno Beluran yang hadir bergambar bersama Julie dan Norhayati.
SEBAHAGIAN Puteri Umno Beluran yang hadir bergambar bersama Julie dan Norhayati.
 ??  ?? SEBAHAGIAN jawatankua­sa Puteri bergambar bersama Julie.
SEBAHAGIAN jawatankua­sa Puteri bergambar bersama Julie.
 ??  ?? JULIE menyampaik­an cendera kenangan kepada James.
JULIE menyampaik­an cendera kenangan kepada James.
 ??  ?? JULIE (kiri) bersama ahli-ahli Puteri.
JULIE (kiri) bersama ahli-ahli Puteri.
 ??  ?? PUTERI Umno Beluran bersidang.
PUTERI Umno Beluran bersidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia