Utusan Borneo (Sabah)

Rusuhan, kekacauan latari sidang G20

-

HAMBURG: Pertempura­n terbaharu meletus awal semalam di jalanan Hamburg selepas tamatnya persidanga­n G20, di mana penunjuk perasaan membakar dan merosakkan kenderaan, menurut pihak polis.

Penunjuk perasaan telah berkumpul di sana selepas penutupan persidanga­n di daerah Schanzen, sebuah kubu kuat bagi pihak radikal kiri yang ekstrem yang telah menjadi kawasan bagi beberapa konfrontas­i sejak Khamis lepas.

Bersenjata­kan botol kaca dan mensasarka­n beberapa buah kenderaan, ramai daripada mereka telah melakukan kebakaran, pihak penunjuk perasaan telah dihalang oleh polis, menggunaka­n meriam air dan gas pemedih mata, menurut pihak polis di dalam Twitter.

Pihak polis menyatakan ramai anggotanya telah tercedera, dan ramai orang yang diberkas.

Menurut kepada jumlah yang paling terkini diberikan oleh pihak polis kelmarin, kira-kira 213 orang anggota polis telah tercedera sejak Khamis, dan 143 orang telah diberkas. Tiada jumlah yang tepat bagi penunjuk perasaan yang tercedera telah diperolehi. Khamis lepas, perarakan aman disertai 12,000 orang membantah globalisas­i telah bertukar menjadi ganas.

Pertempura­n pada Jumaat lepas berlaku ketika para pemimpin 29 ekonomi membangun dan sedang membangun di dunia memulakan mesyuarat dua hari yang menumpukan isu dagangan, keganasan, perubahan iklim dan beberapa isu utama global lain.

Hamburg, bandar pelabuhan maju, sudah lama menjadi medan pertempura­n radikal sayap kiri dan pihak berkuasa. Kesatuan anggota polis Jerman Jumaat lepas berdepan dengan kumpulan anarki ‘Black Bloc’, menuduh mereka memperguna­kan protes aman untuk sengaja menyerang polis.

Para pemimpin dunia melakukan konsesi terhadap dagangan dan bahasa iklim kepada Presiden AS Donald Trump kelmarin pada penghujung persidanga­n G20 yang teruk dilanda rusuhan dan banyak ragam, bagi mengekalka­n perpaduan penting yang melibatkan beberapa ekonomi perindustr­ian utama dan sedang membangun.

 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA polis menggunaka­n gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan di daerah Schanze, Hamburg.
— Gambar Reuters ANGGOTA polis menggunaka­n gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan di daerah Schanze, Hamburg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia