Utusan Borneo (Sabah)

Terjatuh ketika beraksi, akrobat maut

-

MADRID: Seorang akrobat terjatuh lalu mati di hadapan ribuan penonton yang terkejut semasa satu festival di Madrid, menimbulka­n kemarahan terhadap pihak penganjur yang enggan menghentik­an pertunjuka­n selepas kemalangan tersebut.

Pedro Aunion Monroy, artis persembaha­n Sepanyol yang menetap di Britain, terjatuh dari ketinggian 30 meter setelah tali pengikatny­a terputus semasa rutin tarian acara Mad Cool di ibu negara Sepanyol pada lewat Jumaat.

Kakak mangsa Estefi Chaje menyatakan dalam Facebook bahawa mereka sekeluarga amat kecewa atas kematian adiknya.

Pihak penganjur festival muzik tiga hari itu yang menampilka­n aksi seperti kumpulan penyanyi rock Amerika Syarikat (AS) Foo Fighters dan Green Day, mengeluark­an kenyataan menyatakan acara akan diteruskan di sebalik kemalangan tersebut.

Ramai berang dengan keputusan tersebut.

“Saya melihat seorang lelaki terjatuh lalu mati, kesemuanya ditunjukka­n pada skrin besar. “Kemudian ribuan orang masih terus menari, saya tidak terkata dibuatnya,” kecam seorang pengunjung festival dalam Twitter.

Green Day memainkan lagu pembukaan pada malam Jumaat seperti yang dirancangk­an tanpa menyedari tentang kematian Monroy.

“Kami baharu sahaja turun dari pentas di Festival Mad Cool ketika mendengar berita mengejut itu.

“Seorang artis berani bernama Pedro maut malam tadi dalam kemalangan tragik,” menurut kumpulan popular itu kemudian dalam Twitter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia